10 Nasihat Rahsia Dato’ Sri Aliff Syukri Untuk Anak-Anak Muda. Syukur Alhamdulillah, isnin baru ini Lia berpeluang dapat dinner bersama-sama dengan Dato’ Sri Aliff Syukri di rumah mewahnya yang lebih glemer dengan nama Aliff Syukri Palace. Dulu Lia pernah visualized, nak sangat-sangat Dato kenal Lia. Alhamdulillah Allah lorongkan 1 per 1 perjalanan ini sehingga Lia dapat duduk 1 meja bersamanya di rumah yang bernilai 20 juta ringgit! Jadi, sepanjang kami berjam-jam berborak, banyak juga point yang Lia sempat catat. Jadi dengan apa yang Lia kongsikan ini jadikan ianya sebagai aspirasi, inspirasi dan motivasi untuk kita lebih terus berjaya di dunia dan di akhirat. Ni 10 rahsia yang Dato’ Sri Aliff Syukri share pada kami. 1. Tips nak kedepan ini 1 je jangan takut. Kalau ada rasa nak buat, terus buat. Sebab kita kena buat sesuatu perkara yang kita betul-betul nak buat. 2. Kena percaya pada rezeki dan otak orang. Nak kumpulkan 1,000 orang untuk bahagian operatio...