Skip to main content

3 RAHSIA LIA GUNAKAN UNTUK TUBUHKAN TEAM YANG SANGAT KUKUH DAN SETIA.

DAH TIBA MASANYA LIA BUKA 3 RAHSIA LIA GUNAKAN UNTUK TUBUHKAN TEAM YANG SANGAT KUKUH DAN SETIA.

Lia nak ucapkan terima kasih kepada semua friends dan followers Lia yang terus menyokong Lia dari semasa ke semasa. Dan tidak putus-putus orang menghantar mesej di inbox facebook Lia mengucapkan terima kasih, bertanyakan soalan, nak jumpa dan macam-macam lagi. InshaaAllah Lia akan balas satu per satu ya.

Baiklah, untuk malam ini Lia nak kongsikan RAHSIA Lia selama ini untuk mendapat team yang ramai dan sangat aktif. Sebab Lia terima banyak juga mesej yang bertanya, bagaimana Lia boleh bina team yang sangat laju, berkualiti, sahut cabaran dan miliki potensi tinggi?

Rahsianya mudah saja, amalkan 3 solat sunat di bawah ini untuk mendapatkan team yang berkualiti, positif, setia, suka menyahut cabaran dan memiliki potensi yang sangat tinggi.

+ Kalau nak dapatkan team yang berkualiti elok amalkan solat istikharah.

+ Kalau nak kekalkan team kita untuk sentiasa setia dengan kita boleh amalkan solat tahajud.

+ Kalau nak dapatkan team yang sangat produktif boleh amalkan solat dhuha.

Kenapa Lia kata dengan menjaga 3 jenis solat ini semua kita dapat tubuhkan team yang setia, kukuh dan kuat?

Sebab Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, solat ni akan membersihkan segala daki kekotoran dan fikiran-fikiran negatif dalam hati Lia. Lia sangat percaya bahawa tahap positivity team Lia ini bergantung juga pada tahap positivity lia sendiri.

Bila Lia mampu jaga 3 jenis solat ini secara tak langsung segala aura, emosi dan fikiran yang kotor dan negatif akan terhakis keluar daripada minda dan hati Lia ini dengan mudah dan senangnya.

Bila minda dan hati lia penuh dengan benda yang positif, benda itu akan tular masuk kepada team lia juga dan secara tak langsung orang yang penuh dengan aura negatif takkan mampu untuk bertahan lama dalam team lia. Namun biasanya yang negatif pun lama kelamaan akan jadi positif bila join team Lia ni. Nampakkan?

Maksudnya di sini juga, untuk bina team yang bagus, kita perlu mendapat bantuan dari Allah swt. Kerana kita semua tahu yang memegang hati manusia hanya Allah saja. Dan kita tak ada kuasa untuk menukar attitude team, yang berkuasa hanyalah Allah yang Esa.

Kita selalu sibuk untuk tukar attitude team kita, contohnya nak mereka jadi seorang yang positif dan jadi seorang yang aktif. Sebenarnya, tugas kita sebagai seorang leader adalah kita perlu mendidik mereka. Dan yang berkuasa mengubahnya hanya Allah dengan izinNya.

Tanya balik pada diri kita, adakah kita sudah minta dan berdoa nak team yang berkualiti dan ada ciri-ciri yang kita impikan? Kalau belum, jangan tanya mengapa kita tak dapat. Sebab semuanya bermula dengan diri kita sebagai seorang LEADER dalam sesebuah team atau pun syarikat.

Pada masa yang sama, kita perlu perbaiki diri kita dan upgrade diri kita untuk jadi yang lebih baik. Sebab itu, jangan tanya mengapa kita tak dapat team yang terbaik bila diri kita tak dibentuk jadi yang terbaik sebagai seorang leader.

Sama jugalah seperti kalau kita nak team yang BEST, kita sendiri yang kena jadi BEST. Barulah team kita akan best, orang sekeliling kita akan best dan sales kita juga akan jadi best. Nampakkan? Benda ni pusing je, what you give you will get back more and more.

Dan Steve Jobs ada kata, "Great things in business are never done by one person, they are done by a team of people."

Untuk kembangkan bisnes, kita perlu ada satu team yang kukuh dan kuat. Team yang sangat setia dengan kita, mereka nampak hala tuju dalam company kita, walaupun kita ini cuma menjual produk orang je.

Lia yakin dan percaya, jika kita betul-betul berdoa minta pada Allah nak mempunyai team yang besar, Allah pasti akan datangkan orang-orang yang akan besarkan perniagaan kita. 

Dapat sesuatu?

Kalau dapat dan faham, silakan #share dan tag rakan-rakan bisnes anda supaya sama-sama dapat amalkan 3 rahsia di atas itu.

Oh. Boleh juga baca testimoni dari dropship dan agent team Lia bila mereka join team #ChettakiOmey. Click pada link di comment yang pertama. Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan semoga Lia terus akan share perkara-perkara yang bermanfaat , InshaaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...