Skip to main content

RAHSIA 7 AURA WARNA MENJEMPUT REZEKI

NAK SENANG MENJEMPUT REZEKI? BACA SINI RAHSIA 7 AURA WARNA MENJEMPUT REZEKI MENGIKUT HARI.

Seperti yang di janjikan, hari ini Lia nak kongsikan kepada anda semua aura warna harian kita. Siapa di sini ada masalah biasanya susah betul nak pilih baju warna apa? Kadang-kadang tu fikir sampai sejam, susah betul nak buat pilihan.

Tak apa, Lia faham perasaan itu, Lia dulu alami masalah yang sama juga. Setelah Lia belajar tentang aura warna harian kita inikan, ke mana-mana sahaja Lia keluar mood Lia sentiasa dalam keadaan yang positif dan baik. Lia sentiasa berada dalam gelombang alpha kerana kita mengikut warna harian kita.

Malah, bila berhadapan dengan customer sahaja, mereka mudah sangat nak berkaya "YA" pada kita. Belum sempat menjual dah minta dua botol #Dexandra. Belum sempat explain dah nak bayar duit untuk dropship. Bestkan kalau macam ini? Biar kita ada AURA yang tersendiri, tambah pula dengan aura warna hariankan.

Dan, Syukur Alhamdulillah, sekarang ini setiap kali Lia ke mana-mana, pasti akan ada orang tegur Lia. Biasa orang tegur macam ini,

"cantik baju hari ini."
"Wow color baju Lia hari ini, menarik."
"Lia ni ada aura tersendiri la."

Jadi, siapa di sini tak tahu, sebenarnya kita setiap hari ada aura warna baju yang akan membentuk personaliti diri kita? Dibawah ini Lia listkan hari dan warna baju yang kita boleh ikut bersama-sama.

#1 Isnin : Putih
Hari isnin biasanya hari untuk kesucian rohani dan semangat. Kita nak mulakan hari baru, jadi mulakan dengan warna yang suci iaitu warna putih.

Biasa hari isnin Lia akan matchingkan dengan beberapa warna. Kalau semua putih, nanti orang ingat bidadari pulakan? Jangan terlalu obvious sangat warnanya, yang penting ada unsur warna putih dah cukup.

#2 Selasa : Pink / Purple
Hari selasa adalah hari kasih sayang atau tumpuan. Bermaksud hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

Bagi Lia, hari selasa hari yang paling senang dan mudah perempuan nak cari dan pakai. Sebab Lia yakin dan percaya, dalam almari baju seorang wanita pasti ada lebih warna baju seperti pink dan purple ini. Namun, bagi seorang lelaki agak sedikit cabaran nak cari warna macam ini, lagi-lagi warna pink. Ada je kawan lelaki Lia pakai warna pink hari selasa, memang salute.

#3 Rabu : Biru
Warna biru pula dikatakan mampu melancarkan dan memudahkan komunikasi. Hari rabu paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, bermesyuarat, dan sebagainya.

Betul, setiap kali pakai warna biru, aura lain macam. Rasa diri ini lagi terserlah dengan penuh keyakinan. Dan mula lah, bila berjalan je semua disekeliling kita akan menjadi warna yang kita pakai itu juga. Masa itu la kita akan nampak meja warna biru, kerusi biru, kereta biru dan semuanya birulah. Law of attraction.

#4 Khamis : Kuning / Oren
Sifu Lia cakap, warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Yang ini Lia tak nak jelaskan lebih terperinci. Almaklumlah bawah 18 tahunkan. Hihi. Korang faham-faham la sendiri. Boyfriend pon tak ada lagi, tak apa kalau siapa nak isi borang boleh hubungi Khairul Ezuwan . Haha.

Anyway, biasanya hari khamis la hari yang bagi Lia paling susah nak cari warna baju. Boleh kira je berapa baju warna kuning dan oren Lia ada. Jadi setiap hari khamis kena pandai matching dengan warna lain. Bayangkan kalau kita pakai warna semua kuning? Rasa?

#5 Jumaat : Hijau
Hari jumaat warna hijau kerana lambang keimanan dan keseimbangan dalam kehidupan. Hari jumaat lelaki pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, dan biasa kita nampak waktu pagi orang akan post tentang kerohanian. Hari ketenangan bagi semua umat Islam.

Pengalaman Liakan, Lia pernah pergi LIVE di Nasi Lemak Kopi O TV9 pada hari jumaat. Lia memang pakai warna hijau untuk masuk TV. Masa tengah LIVE tu, Subhanallah apa Lia nak cakap semuanya tersusun dan berjalan dengan lancar. Daripada diriku nervous, terus hilang rasa nervous, dan Lia sempat menggunakan teknik 4MAT yang coach Zie ada ajarkan. Alhamdulillah.

#6 Sabtu : Merah
Hari sabtu kena berpakaian warna merah. Merah melambangkan keberanian dan kemewahan. Hari sabtu juga hari untuk kita berjumpa dengan rakan-rakan bisnes, networking dan sesuai untuk mejalankan apa sahaja jenis aktiviti.

Contoh macam hari ini, Lia ada reunion Geng Like di Ampang. Hari ini Lia dan beberapa orang team Dexandra berpakaian warna merah. Mereka ingat kami plan pakai tudung warna sama, sebenarnya tak pun. Kami semua follow aura warna harian tu. Sekali tengok semua merahkan. Tapi jangan la dari atas sampai bawah warna merah, menakutkan tau. Hehe.

#7 Ahad : Hitam
Hari ahad berwarna hitam kerana melambangkan privasi atau keselesaan. Oleh itu, hari ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Dan waktu yang sangat terbaik untuk bersama keluarga tercinta.

Setiap kali hari ahad, biasanya Lia akan cari baju Dexandra. Sebab baju Dexandra semua warna hitam. Jadi senang nak pakai, unless kalau ada event Lia akan pakai baju hitam yang ada blink-blink tu. Baru la Lia rasa lebih menawankan. Jadi tak kisah nak pakai macam mana pon, janji ada warna hitam.

Jadi inilah dia 7 aura warna harian kita yang anda boleh follow. Siapa follow, InshaaAllah dia akan rasa berbeza dan akan rasa sangat tenang. Dalam almari Lia kan, Lia dah siap susun ikut warna aura warna harian. Mudah nak ambil dan akan jimatkan masa Lia untuk pilih mana yang paling terbaik.

Semoga perkongsian Lia sentiasa bermanfaat buat pembaca semua. Jom #share dan tag rakan-rakan office anda, kawan-kawan kolej dan sahabat-sahabat bisnes. Lia doakan semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

P/S : Disebabkan hari ini Lia pakai warna merah, hari ini juga Lia jumpa Ferrari warna merah. Wah. Law of attraction sangatkan? Hee.

#ChettakiOmey
#AuraWarna

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...