RASAKAN SENDIRI PERUBAHAN DRASTIK BILA KORANG BUAT 7 TIPS BISNES DI BAWAH INI
Syukur Alhamdulillah. Tidak putus-putus orang menghantar mesej pada Lia mengucapkan terima kasih atas segala perkongsian Lia. Apa yang Lia kongsikan itu, berdasarkan dari pengalaman Lia sendiri. Apa yang Lia tahu, Lia akan share pada anda semua.
Kali ini, Lia terima banyak soalan yang lebih kurang sama di facebook. Lia rumuskan, soalannya berbunyi begini,
"Macam mana Lia boleh berjaya dalam business? Apa tips-tipsnya?"
InshaaAllah, di bawah ini Lia akan kongsikan bersama dengan anda semua, 7 rahsia Lia membina perniagaan Lia walaupun di usia muda. Lia yakin dan percaya, jika anda amalkan betul-betul tips di bawah ini, InshaaAllah apa sahaja perniagaan yang anda sedang jalankan, boleh pergi lebih jauh dari sekarang.
#PERTAMA, sebelum nak mulakan perniagaan, betulkan NIAT kita dahulu. Niat kita buat business ini kerana Allah dan Rasul. Bila niat kita betul, InshaaAllah Allah swt akan permudahkan segalanya.
Dulu masa Lia mulakan perniagaan, Lia selalu salah niat, niat Lia dulu cuma nak duit, nak kaya dan nak ada kereta besar. Bila niat kita salah, apa sahaja yang kita buat pasti ada yang tak kena, ada masalah dan pelbagai cabaran datang pada kita. Alhamdulillah, bila Lia bertemu dengan mentor yang betul, ajar tentang pentingnya NIAT sebelum memulakan sesuatu, dan Lia terus buat, satu per satu mudahnya kejayaan itu datang pada kita.
#KEDUA, bermula dari bawah atau zero. Lia bermula dari tak ada apa-apa, Lia berusaha dari bawah dengan cara Lia iaitu gunakan platform Facebook Lia untuk free cost marketing. Lia focus pada soft selling, hard selling boleh, tapi buat sekali sekala sahaja.
Masa awal-awal mulakan perniagaan, di facebook Lia semua tentang Dexandra. Pagi, petang, malam semua nak post wangian Dexandra. Namun, bila Lia dah kuasai ilmu free cost marketing, sejujurnya sales Lia melonjak naik dari RM50,000 ke RM100,000 sebulan. Ramai prospek nak join dropship dan agent team Chettaki Omey under Lia hanya melalui mesej di facebook. Dan Lia guide team Lia menggunakan cara free cost marketing, baru pergi ke marketing berbayar jika dah ada modal untuk mulakan.
#KETIGA, Lia buka booth. Dulu Lia selalu join booth Mood Republik. Dari situ Lia dapat collect database customer. Kemudian, balik je Lia terus whatsapp diorang semula dan perkenalkan diri Lia. Ingat ya jutawan semua, database is a KING. Banyak database Lia dapat juga dari seminar-seminar yang Lia join, contohnya IMKK, ESQ, Sifufbads dan sebagainya.
Sekarang Lia ada buka kedai Dexandra di Wangsa Walk Mall di Floor2. Selain Wangsa Walk Mall, Lia ada buka booth di Wangsa Melawati. Setiap tempat, Lia sediakan satu kotak untuk customer isi database mereka, dan bila-bila masa Lia akan bagi percuma Dexandra Perfume. Teknik ini boleh digunakan untuk orang bisnes yang menjalankan perniagaan retail.
#KEEMPAT, Lia berhubung dengan orang-orang hebat dan orang-orang jutawan. Bila kita berkawan dengan orang jutawan, kita juga akan jadi jutawan. Jaga circle friends kita, make sure kita berkawan dengan mereka yang positif dan hebat.
Bayangkan, zaman Lia di universiti Lia dah ada circle perniagaan. Lia selalu berhubung dengan mentor bisnes Lia, dan setiap kali mereka buat gathering Lia pasti akan join. Mindset Lia, Lia nak sentiasa ke hadapan, menjadi orang yang berani dan luar biasa. Balik kolej, housemate semua sembang Korea, kita pula sedang make it money.
#KELIMA, Lia pasang target. Lia selalu tulis target Lia di buku. Apa yang Lia nak capai, apa target Lia kena capai dalam masa sekian-sekian. Contoh target terbaru Lia, nak capai RM960,000 dalam masa empat bulan ini. Set target dan wajib tulis. Cara nak menulis target juga penting, contoh seperti ini,
"Syukur Alhamdulillah, Lia berjaya mencapai sales rm960,000 dengan mudah dan senang pada 31 December 2017."
Nampak ke nampak? Kena jelas, kena tahu bila nak capai, kena tahu berapa kita kena capai. Kalau dapat tulis lebih specific, lagi better. Bila Lia tulis matlamat atau target Lia seperti di atas ini, Alhamdulillah, satu per satu Allah tunaikan. Jika bagi kita sukar, namun bagi Allah sangat mudah. Doa.
#KEENAM, bina team yang kukuh. Lia buat dengan cara bermula dari 10 orang team Chettaki Omey. Dari 10 orang, team Lia membesar ke 20, then ke 50, then naik lagi ke 100. Dan Syukur Alhamdulillah sekarang team Chettaki Omey dah cecah 350 orang bersama Lia. Bermula dengan sikit, lama-lama jadi bukit.
Memang mula-mula nak bina team susah, tapi kalau dalam fikiran kita asik fikir susah, ramai taknak join, tak ada modal, maka memang akan sentiasa susah lah kita nak berkembang. Walaupun kita seorang agent, namun biarlah mindset kita seperti seorang founder. Think BIG, InshaaAllah you will go BIG.
#KETUJUH, Lia letakkan "enthusiasm" dalam diri Lia. Lia tanamkan rasa CINTA dengan apa yang Lia buat ini. Business is my passion and desire. I have to struggle, and Lia happy, excited dengan apa yang Lia buat sekarang ini.
Cuba tanya balik pada diri, adakah bisnes yang anda sedang jalankan ini anda betul-betul minat? Atau sekadar mengikut perkembangan dan juga trend zaman sekarang ini? Cari sesuatu yang anda betul-betul suka nak buat, sampai nak tidur pon tak boleh, nak makan pon tak lalu. Melampau sungguhkan? Tapi itu bermaksud anda sudah jumpa CINTA yang sebenar. Ewahh.
Dan bila kita suka apa yang kita sedang buat, kita akan jadi seorang yang bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu dan kita kena pastikan target kita itu mesti tercapai.
Jadi di atas inilah 7 tips yang Lia boleh kongsikan bersama anda semua. Lia harap sangat dapat membantu kepada anda semua yang bertanya di mesej FB Lia. Silakan #share dan #tag pada mereka yang baru nak mulakan perniagaan, atau ada yang sedang mulakan perniagaan namun tengah stuck, atau sesiapa sahaja orang yang anda sayang.
Semoga bermanfaat ya. Salam sayang dari Lia.
#ChettakiOmey
#Dexandra
Comments
Post a Comment