Skip to main content

Dulu Susah Sangat Nak Bangun Tahajud

Dulu Susah Sangat Nak Bangun Tahajud, Alhamdulillah Sekarang Allah Izinkan Rasai Nikmat Solat Tahajud Dengan Mudah.
.
Tahu tak, antara solat sunat yang paling nikmat tapi paling susah nak buat adalah solat 2/3 malam Solat Tahajud!
.
Bangun solat tahajud itu pon salah 1 rezeki. Malaikat akan turun ke langit dunia waktu 2/3 malam hanya untuk mengaminkan doa-doa kita je! Tapi sayangnya kita tidur.
.
Kan Allah dah berfirman,
.
🌸 Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan.
🌸 Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan.
🌸 Dan siapa yang yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.
.
Kalau kita terjaga 2/3 malam tapi liat juga nak bangun ambil wuduk, duduklah atas katil dan tadah tangan BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH pada Allah. Itu pon Allah makbulkan.
.
Allah sedang dengar doa-doa kita. MashaAllah. Baiknya Allah kan. Namun lebih terbaik jika kita dapat buat solat sunat Tahajud.
.
Sini Lia kongsikan 7 tips mudah supaya kita semua InshaaAllah mudah untuk bangun solat sunat Tahajud.
.
#Tips1
===
Ambil wuduk sebelum tidur. Cuba amalkan tidur dalam keadaan yang berwuduk.
.
#Tips2
===
Tidur awal pada waktu malam. Sebaiknya selepas solat isyak atau sebelum pukul 10 malam. Tidur jam 11 malam pon masih okay lagi.
.
#Tips3
===
Sebelum tidur, minta doa pada Allah dan bisik pada diri sendiri dengan sebut nama kita 3x,
“Lia, Lia, Lia, jom kita bangun tahajud ya.. kita set 4 pagi je terus bangun, ambil wuduk dan solat. Lia yakin dan percaya Lia boleh!”. (Belief system kita mula aktif).
.
#Tips4
===
Sambil tadah doa, baca Ayat Kursi 3x dan Surah Al-Ikhlas 3x. Kemudian hembus kat tapak tangan sambil habis nafas dan sapu dekat seluruh badan dengan niat ‘Allah kejutkanku bangun Tahajud ya’.
.
#Tips5
===
Sentiasa kerap muhasabah diri. Jauhkan diri daripada melakukan dosa atau maksiat sebab ini juga salah 1 penghalang terbesar untuk bangun di tengah malam!
.
#Tips6
===
Buat Affirmation, Visualization dan Feelings (AVF). Cakap dekat diri sendiri kita berjaya bangun tahajud, bayangkan kita bangun tidur ambil wuduk, solat dalam keadaan gelombang Alpha dan kita bersyukur sangat-sangat sebab Allah pilih kita untuk kita berborak denganNya.
.
#Tips7
===
Minum air kosong sedikit sebelum tidur. Amalkan juga posisi tidur kita mengiring ke kanan. (Sunnah Nabi). Supaya dapat kurangkan tekanan jantung, tingkatkan waktu penyerapan zat makanan dan dapat melindungi saluran pernafasan kita.
.
Lia doakan, semoga hari ini menjadi titik tolak untuk kita semua terus istiqamah bangun di tengah malam. Yakin dan percayalah, ganjarannya juga sangat besar!
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.
.
Follow saya 👉 Nur Aliah Mohd Nor
.
Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 23,300 orang dalam tu. Jom klik sekarang
👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor
.
#ChettakiOmey

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...