Skip to main content

People hurt you, but Allah will heal you.

‎Bila kita rasa kosong, rasa tersisih, rasa depression, hati jadi semakin gelap, cepat-cepatlah beristighfar!
.
People hurt you, but Allah will heal you.
.
Istighfar yang utama adalah,
.
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
.
Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya.
.
Ada 3 #point utama dalam kita beristighfar ini yang memang kita perlukan sangat :
.
- Jalan keluar dari setiap kesempitan
- Beri kelapangan daripada setiap kesedihan
- Rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka
.
Jadikan bacaan istighfar ini salah 1 morning rituals kita dengan membaca 1 hari 1,000 kali. Kata lain masukkan istighfar ini dalam checklist harian kita.
.
Mula-mula rasa macam banyakkan? Tapi apa yang Lia praktikkan adalah 2 cara ini,
.
#Tips1
1 hari ada 5 kali waktu solat. Jadi setiap kali habis waktu solat buat 200x istighfar dengan penuh kusyuk.
.
Subuh - 200x
Zohor - 200x
Asar - 200x
Maghrib - 200x
Isya’ - 200x
.
#Tips2
Dalam kereta Lia kalau pergi ke mana-mana, memang tak akan pasang radio. Hanya ada usb untuk pasang lagu-lagu yang menenangkan dan ada 2 count zikir. 1 untuk Lia, 1 untuk Yuyu.
.
Jadi while on the way ke mana-mana kami akan pegang count zikir itu dan baca dengan penuh kusyuk juga. Fokus kita hanya kepada Allah.
.
Rasa ditimpa musibah? Istighfar.
Rasa dilanda gelisah atau masalah? Istighfar.
Rasa sakit hati dengan sesiapa? Istighfar.
.
Sebab Lia yakin dan percaya, dengan kita beristighfar, Allah akan aturkan kehidupan kita dengan sangat cantik, hati kita jadi tenang, kolam jiwa kita bersih dan InshaAllah rezeki pon mudah masuk tanpa putus-putus seperti air zam-zam yang bertebar di seluruh dunia!
.
Always syukur and always choose to forgive without waiting for an apology. ❤️
.
Silakan #share dengan bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...