Dah masuk penggal ke 2 untuk tahun 2019, tak akan hidup kita masih biasa-biasa?
.
Sini Lia kongsikan 7 rutin harian yang mudah kita boleh amalkan dari bulan 7 hingga ke bulan 12 ini.
.
#No1 : Letak syarat baru dekat diri kita sendiri dengan jelas
.
Ambil kertas, ambil pen dan tulis apa yang kita nak letakkan syarat baru dekat diri kita ini
.
Contoh :
✔️ saya nak jaga solat sunat Dhuha dengan istiqomah
✔️ Saya nak pastikan setiap solat fardhu dilakukan dengan berjemaah
✔️ Saya nak pastikan setiap hari baca 2 muka surat Al-Quran
✔️ Saya nak pastikan setiap hari saya memberi sumbangan kepada fakir miskin
✔️ Saya nak pastikan setiap hari saya buat orang gembira dengan kehadiran saya membantu lebih ramai orang
.
#No2 : Buat checklist setiap syarat yang kita letak ini kita boleh amalkan hari-hari
.
Caranya bagitahu dekat orang terdekat kita, contoh suami, isteri, mak, ayah, atau anak-anak.
.
Cadangan Lia letak checklist ini di peti ais supaya kita selalu nampak.
.
Boleh tulis ini : Saya menyimpan rm100 hari-hari
.
Biar orang sekeliling kita sentiasa ingatkan dekat kita apa syarat terbaru kita.
.
#No3 : Tindakan kita harus 2 ke 3 kali ganda dari biasa kita buat
.
Buat dengan bersungguh-sungguh, sebab tak ada benda yang dapat dengan jalan yang mudah.
.
Ingat orang yang bangun Tahajud 2/3 malam tak mengantuk ke? Mengantuk kot, tapi sebab fikir nak rasai kehadiran Allah di sisi kita, kita mujahadah! Buat dengan bersungguh-sungguh.
.
Selain bersungguh-sungguh, kita usaha untuk istiqamah dan konsisten dengan amalan yang kita dah letakkan.
.
#No4 : Sentiasa muhasabah diri agar tak lupa syarat yang kita letak pada awal July 2019
.
Kalau ada yang kita terlepas nak buat, atau terlupa, cepat-cepat muhasabah diri atas kesilapan diri kita.
.
Bila kita muhasabah diri ini, inshaAllah itu tandanya kita sentiasa nak upgrade diri kita jadi yang lebih terbaik dari semalam.
.
#No5 : Pujuk dekat diri kita sendiri
.
Sekali sekala, tengok cermin sambil cakap dekat diri kita,
.
“Aliah.. Awak orang yang hebat, awak sangat kaya, awak orang yang luar biasa hebat, jom hari ini kita jadi orang yang lebih hebat dari biasa, jom sayang”
.
“Aliah, awak jangan malas malam baca Al-Quran ye sayang. Awak tahu tak Allah tengah tunggu nak dengar suara awak baca Al-Quran, jom kita pergi baca sekarang ya”
.
Kita ni selalu pujuk orang, tapi kadang kita lupa nak pujuk dekat diri sendiri. Kan.
.
#No6 : Letakkan denda dekat diri kita supaya sentiasa rasa tak selesa
.
Kadang kita ni rajin menulis nak ubah apa, kita mudah cakap nak ubah apa, tapi akhir sekali kita tak buat! Jadi buat 1 denda yang sunat.
.
Contohnya tak bangun solat Tahajud, kita denda dengan bersedekah dekat rumah anak yatim. (Sunat)
.
Bila kita buat cara ini sebenarnya dalam diam kita SAYANG dekat diri kita sendiri! Sebab tu kita bagi denda yang baik-baik je.
.
#No7 : Reward diri kita sendiri
.
Kita bersyukur kepada Allah swt. Contoh minggu pertama bulan 7 kita konsisten sedekah dan solat awal waktu, jadi kita reward dekat diri kita sendiri dengan belanja pakaian baru.
.
Bila kita berbelanja pon kita kena feel kita belanja macam orang kaya. Walaupon baju itu tak mahal pon, tapi feel kaya bila kita reward dekat diri sendiri.
.
Kenapa kita reward? Sebab itu tandanya ada kejayaan yang kita buat dengan baik dan kita konsisten amalkan.
.
Cuma yang reward ini buat sekali sekala sahaja. Rasakan “reward” itu sangat special dekat diri kita sendiri.
.
InshaAllah kalau kita buat dan ubah ke 7 langkah ini, hidup kita pasti akan jadi yang lebih baik dari semalam. Dan kita ada pengukur mekanisma yang design hidup kita hari-hari jadi yang lebih baik.
.
Semoga perkongsian Lia ini dapat memberi sedikit panduan dan bimbingan untuk kita jadi orang yang lebih baik lagi, inshaAllah.
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.
.
#ChettakiOmey
Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...
Comments
Post a Comment