Skip to main content

15 cara untuk kita #BangunAwalPag

Rasakan Sendiri Perubahan Dasyat Bila Kita Fokus Untuk Bangun Solat Sunat Tahajud Ni.
.
Sini Lia kongsikan 15 cara untuk kita #BangunAwalPagi :
.
1. Betulkan mindset dan doa. Letakkan azam yang kuat untuk berubah. Ikhtiar hingga kita capai solat sunat Tahajud.
.
2. Tidur awal. Sebaik-baiknya jam 9.00 malam. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya kita berehat.
.
3. Paksa diri juga untuk tidur awal dengan cara tutup lampu, stop main handphone dan tutup wifi. Di sebabkan handphone mata kita akan terbeban melihat banyak perkara tak best di media social dan buatkan kita susah untuk bangun Tahajud.
.
4. Tahu tak, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam pon. Cukup dengan tidur selama 3 jam je! Dengan syarat waktu itu mesti dari jam 9pm - 12am. Sebab 1 jam waktu itu bersamaan dengan 3 jam waktu kita tidur!
.
5. Tapi. Kalau nak tidur jam 10pm dan bangun jam 3am pon tak ada masalah. Yang penting cara mana yang kita selesa untuk bangun pada 1/3 malam untuk solat sunat Tahajud.
.
6. Sebelum tidur buat beberapa #amalan ini. Antaranya :
.
- Baca bismillah 21x. Tepuk dekat bantal kita tidur tu dan niatkan supaya Allah kejutkan kita waktu Tahajud. Niat kerana Lillahitaala.
.
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
.
- Cakap dan bayangkan apa yang kita nak capai dalam hidup. Ni tujuan nak install RAS dalam minda kita.
.
- Banyakkan istighfar dan selawat.
.
- Baca doa sebelum tidur. Ni juga akan bantu kita untuk bangun Tahajud.
.
- Mengucap 2 kalimah syahadah.
.
- Amaran keras! Jangan tidur lepas tengok movie, baca gosip, tengok instastory artis. Sebab tu la kena tutup terus handphone supaya kita tak pegang dah handphone waktu itu.
.
7. Paling penting, #DOA minta pada Allah untuk bangun Tahajud. Mintalah. Sebab kekuatan bangun Tahajud ini juga ada pada Dia.
.
8. Boleh baca doa ini juga “Ya Allah Ya Mumit, Ya Baa'its, Ya Baari', Ya Allah tidurkanku sebagai hambaMu, bangkitkanku di waktu Tahajud untuk sujud dan bermunajat kepadaMu.”
.
9. Pastikan kita tidur yang #DeepSleep. Iaitu tidur tak mimpi. Tidur dengan hati yang tenang dan hati yang bahagia. Tahu-tahu je dah terjaga pukul 3 ke 5 pagi! Allahu. Memang rasa nikmat sangat.
.
10. Dah terjaga (sama ada terjaga sendiri atau bunyi alarm), terus ucapkan Syukur Alhamdulillah di sambung dengan 7 kesyukuran kita pada Allah. Lagi banyak kita #bersyukur, lagi banyak nikmat Allah kurniakan.
.
11. Ambil wuduk, lebih terbaik kalau kita boleh mandi air sejuk pada 1/3 malam.

12. Baru la kita solat sunat taubat, solat sunat tahajud (8 rakaat), solat sunat hajat (minta pada Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta) dan solat sunat witir 3 rakaat. Waktu ini la waktu yang terbaik untuk kita menangis senangis-nangisnya hanya kerana Allah!
.
13. Mulakan zikir yang mudah dulu iaitu 33 Subhanallah, 33 Alhamdulillah, 33 AllahuAkhbar, 10 selawat). Baca Al-Quran atau mengaji walau 1 ms.
.
14. Bila masuk waktu subuh, buat dulu solat sunat fajar 2 rakaat. Tahu tak 2 rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya! Alangkah ruginya kalau kita terlepas nak buat.
.
15. Diikuti dengan solat subuh. Kemudian boleh baca surah Yaasin atau surah Al-Waqiah selepas subuh.
.
Bila Lia jaga solat Tahajud ini, banyak sangat miracle yang berlaku dekat diri Lia sendiri! Antaranya apa yang Lia nak semudah itu je Allah bagi! Baiknya Allahkan?
.
Sampai tak sedar panjangnya Lia tulis. Tapi ini la amalan yang Lia buat dan Lia ikhlas nak kongsikan dengan korang semua.
.
Dan sebenarnya ada banyak lagi. InshaAllah, selebihnya Lia akan #kongsikan dekat dalam Channel Telegram Lia ya. Sebabnya Lia suka sangat kongsi Ilmu mahal ni di Telegram. Ada lebih 26,000 orang dalam tu. Boleh klik sini sekarang untuk join 👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor
.
Semoga bermanfaat dan #JOM kita semua sama-sama bangun untuk fokus buat solat sunat Tahajud ni ya.
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang sangat bermanfaat ini.
.
Follow saya 👉 Nur Aliah Mohd Nor
.
#ChettakiOmey

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...