Skip to main content

22 #TIPS Untuk Mendapat Rezeki Yang Melimpah Ruah

22 #TIPS Untuk Mendapat Rezeki Yang Melimpah Ruah
.
“Rezeki tu kan Allah yang pegang, jadi MINTA dengan Dia dulu..”
.
Ramai sangat diantara kita ada masalah kewangan, kerugian dalam bisnes, kesempitan hidup dan kesuntukan masa!
.
Selain kita usaha dengan bersungguh-sungguh, ada banyak amalan yang boleh dilakukan untuk mudahkan kita dikurniakan rezeki dari Allah swt.
.
Lia akan kongsikan pengalaman lalu Lia sendiri yang boleh sama-sama kita amalkan. Paling penting, kita kena yakin dan percaya pada rezeki Allah.
.
Baca 22 Tips ini untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah.
.
#Tips1 Waktu awal pagi selepas subuh amalkan 1000 kali istighfar mohon Allah ampunkan dosa-dosa kita. Di nasihatkan semasa istighfar tu focus terhadap istighfar tersebut, minta ampun bersungguh-sungguh.
.
#Tips2 Pernah terfikir tak nak ambil hati kekasih Allah? Iaitu Nabi Muhammad saw. Lakukan 1000 kali selawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk. Ambil hati kekasih Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.
.
#Tips3 5000 kali zikir kepada Allah swt, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya Allah”. Focus sebut Ya Allah, sambil berdoa dan bayangkan hajat yang kita nak.
.
#Tips4 Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7 kali doa Dhuha dengan penuh keyakinan kepada Allah swt. Hayati doa ini. Lepas doa tu, buatlah sujud kesyukuran.
.
Ucapkan terima kasih Ya Allah atas segala nikmat hidup dan rezeki yang Engkau kurniakan padaku selama ini. Ucapkan juga terima kasih kerana sihatkan badanku, mak ayahku dan keluargaku.
.
Teruskan dengan sebut kesyukuran kita kepada Allah sehingga menitis airmata kita pada sejadah kita tu! Biarlah airmata ini mengalir keluar kerana Allah swt.
.
#Tips5 Setiap pagi baca 3 kali Al Fatihah. Fatihah pertama niatkan untuk diri sendiri. Fatihah ke-2 niatkan kepada mak ayah. Fatihah ke-3 diniatkan untuk orang yang tak suka dengan diri kita. Makin orang tak suka makin kita sedekahkan Al Fatihah tu!
.
#Tips6 Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang anda tak kenal. Tengah makan di kedai doakan pada orang yang duduk di meja sebelah. Tengah drive, doakan pada driver di depan kereta anda. Bacakan dengan penuh ikhlas.
.
#Tips7 Baca 3 kali surah Al-Ikhlas umpama khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dasyat anda telah bina 1 istana di syurga! Subhanallah.
.
#Tips8 Paksa diri bangun untuk solat Taubat dan solat Tahajud sambil menangis dan berdoa bersungguh-sungguh pada Allah.
.
#Tips9 Sentiasa minta restu mak dan ayah kita sebab restu ni sangat penting untuk dapat keberkatan hidup.
.
#Tips10 Sepanjang bekerja amalkan zikir ‘hasbunallahuwanikmal wakil..’ , maksudnya cukup Allah bagiku aku serah pada mu Ya Allah semua urusanku. Serahkan semuanya pada Allah sebab kita yakin segala apa di dunia ni datang dariNya.
.
#Tips11 Baca 4 surah paling mudah untuk menjemput rezeki. Amalan ini sama-sama kita boleh buat selain memberi duit untuk bersedekah. Tolong amalkan surah di bawah ini setiap hari:
.
1. Waktu Subuh : AL-WAQIAH
2. Waktu Dhuha : AR-RAHMAN
3. Waktu Maghrib : YASIIN
4. Waktu Isya : AL-MULK
.
Percaya tak, bila kita amalkan 4 surah ini, masa kita akan jadi sangat panjang! Banyak perkara dan idea Allah bagi yang kita boleh buat. Hebatkan?
.
#Tips12 Sebelum waktu solat tiba, ambil masa 5-10 minit untuk amalkan zikir 33 kali Alhamdulillah, 33 kali Subhanallah, 33 kali Allahuakbar dan 33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad.
.
#Tips13 Setiap waktu pagi perkara yang paling di larang sekali adalah bayar hutang! Cuba lah tukar sikit. Kita bersedekah dulu di awal pagi. Sekarang mudah sangat nak sedekah ni, on9 transfer pon boleh, paling penting niat kita kerana Allah swt. Waktu petang boleh uruskan bayaran hutang dengan niat Allah mudahkan segalanya.
.
Setiap hari amalkan sedekah walau pun RM1. Kalau hari jumaat tu, boleh buat sedekah dengan cara belanja orang makan, terutama sekali pada orang susah atau pon students.
.
Sebab dulu Lia pernah buat, belanja students UiTM waktu pagi di cafeteria. MashaAllah, boleh di katakan bisnes Lia waktu itu melonjak naik 3 ke 5 kali ganda!
.
#Tips14 Kalau tak mampu sedekah dengan wang, boleh sedekah dengan berkongsi ilmu pada orang ramai. Tahu tak, kita semua banyak kongsi ilmu di social media ni di kira 1 sedekah juga? Jadi teruskan menulis dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
.
#Tips15 Berkongsi rezeki dengan adik beradik. Kalau ada adik-beradik kita yang tengah susah sekarang ni, bantu mereka, sebab percaya lah, 1 hari kalau kita susah, orang 1st yang akan datang bantu kita adik-beradik kita juga.
.
Macam bisnes Lia buat sekarang ni, Lia buat bersama dengan adik-beradik Lia. Kakak Lia sebagai admin dalam team Chettaki Omey, abang ipar Lia sebagai runner untuk ambil stock di HQ. Jadi dengan cara ini Lia dapat lah bantu mereka. Cukup buat orang lain rasa bahagia, kita pon akan rasa bahagianya itu.
.
#Tips16 Banyakkan masa bersama keluarga di waktu malam, terutama sekali mak dan ayah kita yang masih hidup. Jaga mereka baik-baik, selalu doakan untuk mereka, dan minta mereka doakan untuk kita juga.
.
#Tips17 Sentiasa buatkan orang terharu dan ucapkan terima kasih. Cara yang paling mudah sekali, komen di facebook sahabat-sahabat kita dan bagi semangat pada mereka.
.
#Tips18 Sucikan diri pagi dan malam dengan sebut 7 kesyukuran yang anda dah dapat atau anda nak dapatkan. Buat dulu ‘syukur in advance’.
.
#Tips19 Bagi yang dah berkahwin, Lia selalu dapat tips ni, sebelum tidur tu bermaaf-maafan dengan suami. Bukan waktu raya je minta maaf, tapi setiap malam! Lia yakin, pasti kehidupan kita lebih barakah.
.
#Tips20 Sentiasa rendahkan ego kita. Kalau orang itu lebih hebat dari kita, pergi belajar dan menuntut ilmu dengan dia. Hormat dia sebagai seorang guru walaupun dia sebaya dengan kita.
.
Alhamdulillah, Lia ramai je sahabat yang hebat-hebat dalam dunia perniagaan ni. Walaupun ada yang sebaya, ada yang lebih muda dari Lia, tetap hormat mereka sebagai seorang tenaga pengajar.
.
#Tips21 Sentiasa merendah diri. Ketika kita dipuji oleh manusia, cepat-cepat kembalikan pada Yang Maha Berkuasa. Katakan Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah atas segalanya. Lebih banyak bersyukur, lebih banyak rezeki yang tak disangka-sangka Allah kurniakan pada kita.
.
#Tips22 Redha dan yakin apa yang Allah bagi pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita belajar dan jadi orang yang lebih kuat. Sentiasa bersangka baik pada Allah swt. 
.
Fuhh! Artikel kali ini memang panjang betul! Fokus Lia menulis pagi ini 1 per 1 untuk anda semua..
.
Minta tolong sebarkan info yang bermanfaat ni kepada yang lain sebab info ni akan sangat bermanfaat bagi orang lain juga.
.
Jika posting ini mendapat sambutan, Lia nak sambung lagi sebenarnya #TIPS menjemput rezeki ni. Mana tahu boleh jadi sehingga #Tips100 kan! Hihi.
.
Nur Aliah Mohd Nor,
Suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Klik sekarang 👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor
.
#ChettakiOmey
#Dexandra

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...