Skip to main content

Doa Nabi SAW untuk anak fan diri sendiri

Amalkan Doa Yang Di Bacakan Oleh Nabi SAW Ini Untuk Anak-Anak Dan Diri Kita Sendiri Agar Mendapat Rezeki Yang Berlimpahan! Share!
.
Ini lah doa Nabi Muhammad Saw kepada Anas Bin Malik yang membuatkan beliau menjadi sangat kaya raya!
.
Sebagai seorang ibu, amalkanlah doa ini setiap hari untuk anak-anak. Sebab doa seorang ibu ini sangat mujarab dan tiada hijab.
.
Sebagai seorang anak, boleh juga amalkan doa ini untuk diri sendiri. Kita sama-sama hafal dan membaca doa ini selalu.
.
‎اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
.
Allahumma aksir maa lahu, wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa baariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
.
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya, luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
.
Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan juga untuk diri kita sendiri :
.
‎اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي
.
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku dan berkatilah aku pada semua kurniaanMu dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku.
.
Tahu tak, kesan daripada doa ini, Allah swt telah panjangkan umurnya sehingga 104 tahun, mempunyai anak seramai 120 orang, ada harta yang sangat banyak dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW. Subhanallah!
.
Jadinya, rugi sangat kalau kita terlepas untuk baca doa ini lagi-lagi pada 7 waktu mustajab doa :
.
#No1 Waktu antara azan dan iqamah
.
- Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

#No2 Semasa hujan turun
.
- Waktu hujan turut membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering, waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
.
#No3 Ketika sujud dalam solat
.
- Rasulullah saw bersabda : “Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka berbanyakkanlah berdoa ketika itu.” (HR Muslim, 482)
.
#No4 Ketika sebelum salam dalam solat wajib
.
- Rasulullah saw bersabda : “Ada yang bertanya : Wahai Rasulullah, bila doa kita di dengar oleh Allah? Beliau bersabda di akhir malam dan di akhir solat wajib.” (HR Tirmidzi, 3499)
.
#No5 Sepertiga malam terakhir
.
- Ketika waktu ini, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia & mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
.
#No6 2 waktu pada setiap hari jumaat
.
- Rasulullah saw bersabda : “Hari jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan dan dimaklbulkan, maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
.
- Selain itu, 1 lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai. 
.
#No7 Hari Arafah pada musim haji
.
- Sesiapa yang sampai ke sini sangat beruntung sebab berpeluang untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, lebih-lebih lagi pada musim Haji! Sabda Rasulullah saw : “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
.
Sama-sama kita berdoa semoga segala amalan doa kita ini berterusan dan dengan izin Allah dapat diterima di sisi Allah.
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk baca dan amalkan doa ini bersama-sama.
.
Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 28 ribu orang dalam tu. Jom klik sekarang
👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor
.
#ChettakiOmey

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...