Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Semua Usahawan Wajib Buat 3 Tips Ini Untuk Persediaan Tahun 2020.

Semua Usahawan Wajib Buat 3 Tips Ini Untuk Persediaan Tahun 2020. . 1. Wooowww! Tinggal beberapa hari je, 2019 bakal meninggalkan kita. Selamat tinggal segala suka duka, dan memori indah pahit sepanjang 2019 di dalam hidup anda. . 2. Tahun 2020 ni, lebih mencabar dari tahun 2019. Tapi jangan risau, setiap tahun pasti ada cabarannya sendiri. Kalau takde cabaran pon tak best juga. Kan. . 3. Cadangan Lia, sebelum 31 December ini, pergilah cari satu masa yang free, pergi bercuti sekejap di hotel yang ada view pantai. Atau cari view hotel yang ada view KLCC pon okay, cuma tak setenang di pantai. . 4. Lia suruh pergi bercuti ada sebabnya. Bukan untuk habiskan duit, tapi untuk anda betul-betul plan apa impian dan matlamat masa depan anda, terutama nak menghadapi 2020. . 5. Bila dah tiba di hotel, ambil je buku setebal 100 mukasurat, pen warna warni dan duduk di depan balconi untuk start BERFIKIR dan MENULIS apa yang anda nak capai dalam masa 1-5 tahun dari sekarang. . 6. Sebelum berfikir dan ...

Ikut Je 9 Cara Paling Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji. Wajib Buat Untuk Tabung Simpanan Masa Depan.

Ikut Je 9 Cara Paling Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji. Wajib Buat Untuk Tabung Simpanan Masa Depan. . Ramai juga yang gelisah sampai terpaksa PM Lia tanya cara macam mana kalau tak ada CIMB, tapi ada Maybank je dan nak transfer ke Tabung Haji. Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu info ini, membuatkan Lia risau sangat kalau kita tak pandai nak uruskan simpanan duit kita dengan baik ke Tabung Haji! . Sebenarnya sangat mudah! Ada 9 langkah je supaya duit anda selamat dipindahkan terus ke akaun Tabung Haji. Tapi sebelum itu, bagi anda yang pertama kali nak buat transfer macam ini, perkara pertama anda perlu buat ialah pergi ke ATM Maybank dan bawa sekali buku akaun Tabung Haji anda tu ye.  . 1. Masukkan kad ATM Maybank anda ke mesin ATM Maybank. 2. Pergi ke menu TABUNG HAJI (TH) 3. Tekan “Daftar Akaun TH ke ATM Kad” 4. Masukkan nombor akaun TH anda. (Nombor akaun tengok di buku akaun TH ya) 5. Siap! . Lepas dah siap daftar akaun TH di mesin ATM, kemudian apa yang pe...

Syukur Alhamdulillah, sejak Lia buat Dexandra ni, Lia bukan sahaja membantu ramai orang dapatkan wangian kegemaran mereka

“Lia...nak jadi dropship Dexandra camner ya. Nanti beri detail akaun ya. Terima kasih kerana beri peluang utk kami cari income keluarga kami.” . Sambil Lia on the way ke Kalambaka, Greece, scroll-scroll whatsapp tiba-tiba dapat 1 whatsapp macam tu, terus hati Lia sebak! Allahu.. . Di kala kita tengah gembira, gelak tawa, seronok, namun di luar sana ramai sangat yang tengah susah, hidup dibelenggu hutang dan nak makan pon sampai 1 hari 1 kali je! . Syukur Alhamdulillah, sejak Lia buat Dexandra ni, Lia bukan sahaja membantu ramai orang dapatkan wangian kegemaran mereka, namun Lia juga membantu ramai orang untuk tambah income dalam hidup mereka.  . Ada yang join dropship dengan Lia seorang student, ada yang join seorang ketua keluarga, ada yang join sebagai seorang kerani, dan ada juga join kerja sebagai seorang Doktor!  . Bagi Lia, siapa sahaja mereka, Lia sentiasa terima dengan hati terbuka. Niat Lia, cuma 1 je, nak bantu mereka lebih berjaya dalam perniagaan ini kerana Allah d...

Rupanya Mudah Je Cara Nak Isi Borang Cukai E-Filling Ni

Rupanya Mudah Je Cara Nak Isi Borang Cukai E-Filling Ni . Aduhh! Lia jadi susah hati bila tengok ramai lagi yang tak tahu cara macam mana nak submit borang cukai e-filling ni!  . Dah la nak kena hantar ke LHDN sebelum 30 April ni. Tak lama dah tu. Jadi kena la cepat-cepat submit sebelum terlambat!  . Tapi sebelum tu, berapa jumlah pendapatan seseorang perlu mula declare cukai? . Gaji bersih tahunan RM34,000 (selepas tolak EPF) kategori ini layak declare cukai. . Tak apa, korang yang dah sampai tahap gaji macam ini, declare je okay. Kena cukai tu belum tentu lagi, silap-silap dapat refund lagi! . Sini Lia kongsikan langkah-langkah mudah untuk isi borang BE (individu tiada pendapatan perniagaan) . #Step1  Pergi ke website http://edaftar.hasil.gov.my untuk isi borang pendaftaran on9  . #Step2 Pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang terdekat untuk mohon nombor PIN e-filling individu (16 digit) . #Step3 Pergi ke website https://ez.hasil.gov.my/CI/ ini untuk LogIn kali perta...

Jadikan Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang paling terbaik dan lain dari lain dalam hidup kita! Macam mana?

Jadikan Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang paling terbaik dan lain dari lain dalam hidup kita! Macam mana? . 1. Buat solat sunat subuh walau kita bangun jam 6.50 pagi sekali pon. Sebab Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. . 2. Selepas setiap kali solat 5 waktu, baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat. . 3. Paksa diri untuk solat subuh berjemaah sama ada di surau atau di rumah. Sebab ganjaran solat subuh ni sama macam kita berqiamullail waktu malam! . 4. Cepat-cepat baca doa selepas dengar azan berkumandang. Sebab waktu ini adalah waktu musjatab untuk kita berdoa. . 5. Bukan kerja je kena fokus, solat pon kena fokus. Kalau kita tak boleh nak faham semua bacaan dalam solat kita, sekurang-kurangnya kita hayati setiap bait-bait bacaan dalam surah Al-Fatihah.  . 6. Berlatih juga untuk ingat bacaan duduk di antara 2 sujud. Tips ingat j...

Bahaya Tak Asingkan 30% Ini, Risikonya Anda Akan Hilang RM9,000 Dalam Masa Setahun..

Bahaya Tak Asingkan 30% Ini, Risikonya Anda Akan Hilang RM9,000 Dalam Masa Setahun. . Lia yakin ramai usahawan yang hebat hebat pakar dalam bab kewangan. Bab nak belanja masih boleh kawal lagi , tapi bila masuk bab nak buat simpanan masih teramat lemah lagi. Malah ada usahawan yang tak pernah langsung nak simpan duit ni! . Bab simpanan ni yang Lia paling takutkan sangat. Ramai yang suka bagi alasan nak buat simpanan susah sebab selalu terguna duit untuk bayar itu bayar ini, sehingga tak dijadikan menyimpan itu sebagai satu hobi atau tidak meletakkan diri menjadi seorang yang suka menyimpan duit. Betul betul? . Jadi, jangan risau dah. Dengan membaca penulisan Lia ini, InshaaAllah Lia nak bantu semua usahawan di luar sana menjadi seorang yang suka saving, suka buat investment dan rasa macam nak berlumba-lumba menyimpan duit sambil tu boleh pergi shopping dengan relax. Tak perlu dah fikir sangat pasal duit untuk berbelanja. Jom! . Mulai dari bulan 12 2019, Lia nak anda semua terus apply i...

PERKATAAN YANG DILARANG UNTUK DIUCAPKAN OLEH PENIAGA

PERKATAAN YANG DILARANG UNTUK DIUCAPKAN OLEH PENIAGA ============= . 1. Sales Slow 2. Orang tak ada 3. Orang tak lekat 4. Payah nak jual 5. Semua orang dah beli 6. Makin perlahan 7. Susah nak buat 8. Dah ramai orang jual 9. Tak ada duit . Aik? Banyak betul alasannya? . Tak apa. Lepas ini usahawan semua kena la banyakkan ucap Subhaanallah, Syukur Alhamdulillah, Allahuakbar. InshaaAllah hidup lebih mudah dan lebih berkat. . Nak senang, banyakkan bersyukur dan bersabar. InsyaAllah setiap hari Allah SWT datangkan berduyun duyun orang membeli produk kita atas berkat sabar dan syukur. . Allahu, kan best macam itu? . Silakan #SHARE dengan bahagia. 🤗 . #ChettakiOmey #DexandraPerfume #InspirasiAnakMuda

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...

IKUT JE 5 RAHSIA INI KALAU TAKNAK PERNIAGAAN KORANG KENA BUNGKUS!

IKUT JE 5 RAHSIA INI KALAU TAKNAK PERNIAGAAN KORANG KENA BUNGKUS! . Tahukah anda 70% orang Melayu kita sekarang ini mengambil langkah cepat untuk memulakan perniagaan. Sekarang ini, semudah ABC sahaja nak mulakan perniagaan. Ada owner bisnes di luar sana tawarkan join dropship secara percuma. Ada juga yang berbayar kerana nak mencari orang yang boleh bagi komitmen. . Rata-rata Lia tengok sekarang ini, semua nak buat bisnes, dan bertambah semakin dasyat, ramai nak jadi Founder Bisnes! Tahu tak, tanpa ilmu dan tanpa rasa kegagalan, anda tidak layak lagi untuk pegang sebagai seorang title “Founder Bisnes”. Kerana ramai usahawan yang bangga dengan diri mereka sebagai seorang Founder, at the end letak produk semua di bawah katil sebab tak terjual. Jadi,?baca je rahsia ini kalau taknak kena bungkus tikar dalam perniagaan. . 1. Niat yang salah. . Awal-awal lagi kita dah niat nak buat bisnes sebab nak kaya, nak ikut orang beli kereta mewah, nak ikut orang beli rumah besar dan nak ikut orang be...

Ni 13 Rahsia Macam Mana Lia Mampu Buat Jutaan Ringgit Dalam Masa 1 Tahun Pada Umur 24.

Ni 13 Rahsia Macam Mana Lia Mampu Buat Jutaan Ringgit Dalam Masa 1 Tahun Pada Umur 24 . Ramai anak muda baru je start bisnes lepas tu tak ada orang beli terus putus asa! Ni sebabnya tak ada ilmu dan tak tahu teknik yang betul. . Sini Lia kongsikan 13 perkara penting korang kena hadam untuk capai 1 juta yang pertama dalam bisnes. .

Buat Selama 52 Minggu Hasilnya Boleh Dapat RM1,378

Buat Selama 52 Minggu Hasilnya Boleh Dapat RM1,378 . Lia dah mula risau ni, adakah kita dah sediakan tabung-tabung untuk kita mulakan menyimpan duit sepanjang tahun hadapan? . Jangan risau, mulai dari tahun 2018, Lia nak mengajak kepada anda semua kita sama-sama lakukan “Cabaran Menabung 52 Minggu”. . Caranya mudah je, . #1 Mulakan dengan niat dan tujuan untuk apa . #2 Sediakan tabung untuk menyimpan . #3 Simpan mengikut pada “nombor” minggu itu . #4 Kalau minggu ke 5, simpan RM5 . #5 Kalau minggu ke 35, simpan RM35 . #6 Dan akhirnya sehingga minggu ke 52, simpan RM52 . #7 Campur dan kira semula mesti akan dapat RM1378 . Lia yakin dan sangat percaya, hanya mula dengan RM1 pada minggu pertama, tambah simpanan RM1 untuk setiap minggu seterusnya, anda akan berjaya menyimpan RM1378 pada akhir minggu 2018. . Mudah je kan? Boleh la mula ajar anak-anak anda rasa cinta pada sifat menabung mulai daripada sekarang. . Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang. 🤗 . Nur Aliah Mohd Nor, Suka be...

3 Langkah Paling Mudah Untuk Uruskan Duit Gaji Secara Bijak

3 Langkah Paling Mudah Untuk Uruskan Duit Gaji Secara Bijak . Assalamualaikum dan Selamat Pagi, ni Lia nak kongsikan sedikit fakta. Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox Lia minta nasihat tentang nak menguruskan kewangan dengan baik. . Baru baru ni gaji yang masuk bulan November haritu ada tak buat saving? Kalau ada Alhamdulillah, kalau takda tu dah boleh la belajar cara uruskan duit gaji anda sebab simpanan ni penting tau untuk masa depan. Okay jom kita start.. . Pecahkan terus kepada 3 iaitu : + Komitmen + Belanja + Simpanan . KOMITMEN === . Komitmen maksudnya apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank. . Contoh komitmen : + PTPTN + MARA + ASBFinancing + Hire Purchase + Housing Loan + Personal Loan . Jadi bila dapat je gaji apa perlu buat? . 1. Mesti la bankin dulu duit pada mak ayah di kampung kan. Ni wajib dan semua pon tahu. Kan. ...

9 Tips Pintu Rezeki Datang Dengan Mudah.

9 Tips Pintu Rezeki Datang Dengan Mudah. . 1. Sentiasa senyum sebab senyum itu kan sedekah. Lagi kerap kita senyum lagi mudah rezeki datang. . 2. Bahagiakan anak-anak yang masih kecil, terutama sekali anak-anak comel yang tak ada mak ayah dah. Mereka pon perlukan kasih sayang abadi. . 3. Kalau dah jumpa jodoh tu cepat cepat la dirikan rumahtangga, sebab bila kahwin Allah akan bagi rezeki rumah tangga pula! . 4. Setiap kali jumpa suami atau isteri atau anak, berilah pelukan, ciuman, lafazkan sayang dan doakan mereka. . 5. Sentiasa berbuat baik dengan semua orang, termasuklah berbuat baik kepada orang tua, orang sakit dan fakir miskin. Bantu mereka dengan seikhlas hati. . 6. Sentiasa rasa bersyukur dengan pasangan hidup masing-masing. Ingat jangan cari orang yang sama dengan kita, cari orang yang boleh melengkapi hidup kita. Dan bersyukurlah. . 7. Di mana saja kedudukan kira berada, sentiasalah berikan layanan dengan penuh hormat tidak kira siapa orang itu, kalau leader kita itu lebih mu...

DULU MEMANG LANGSUNG TAK ADA KEYAKINAN DIRI, LEPAS AMAL 3 RAHSIA NI,

DULU MEMANG LANGSUNG TAK ADA KEYAKINAN DIRI, LEPAS AMAL 3 RAHSIA NI, KINI LIA DAPAT RASA DENGAN KETARA KESAN POSITIFNYA. Sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, tiba-tiba Lia terbaca satu mesej dari salah seorang sahabat Lia di facebook ini. Mesejnya begini, "Lia, akak ni tak yakin dengan diri akak, tak yakin dengan bisnes akak dan akak malu bila nak berhadapan dengan orang. Macam mana Lia, bantu akak?" Allahu. Bila baca soalan dari akak ini, Lia tergerak hati nak jawab soalan akak ni di post Lia. Kita selalu rasa tidak yakin untuk berjaya, jadi di sini Lia nak kongsikan macam mana nak letakkan keyakinan yang tinggi dalam diri kita? Sebelum itu, kenapa biasanya kita kurang yakin dengan apa yang kita buat? 1. Pengalaman. Mungkin sesetengah orang rasa tidak yakin dengan diri sendiri atas faktor sebelum ini pernah berniaga, namun perniagaan dia jalankan itu gagal, tidak berjaya dan gulung tikar. Lia sendiri pernah alami, Lia awal-awal dulu buat bisnes semuanya sekerat ja...

Kisah Benar Budak Failed Subjek Marketing.

Kisah Benar Budak Failed Subjek Marketing. Disebabkan sekarang ni SPM baru je habis, ni Lia nak kongsikan sedikit cerita. Tak semestinya sekali kita gagal selama-lamanya kita akan gagal. Kegagalan tu hanya lah pencetus dan pembukaan untuk kita terus maju dan membaiki kesilapan kita sebelum ni. . Ni Lia nak buka sisi gelap kejatuhan Lia. Selama ni semua orang nampak Lia ni tak pernah gagal kan. Jadi kali ni Lia nak buka pekung kegagalan Lia yang Lia tak pernah bagitahu pada public lagi. . Dulu, lima tahun di UiTM dalam peringkat diploma dan ijazah banyak memberi pengalaman yang sangat dasyat kepada Lia. Lia ni bukanlah seorang budak yang pintar, biasa je. Namun, Allah aturkan perjalanan Lia dengan kurniakan rezeki yang sangat banyak. . Bermula dari seorang mahasiswi di Uitm Arau, Lia belajar hidup berdikari jauh dari keluarga yang tercinta. Hampir 479 kilometer juga la jarak kampus Lia daripada rumah. Setiap semester Lia lalui, penuh dengan cabaran yang Lia harus tempuhi. Masih ingat la...

9 Rahsia Rezeki Mencurah-Curah Yang Ramai Orang Tak Buat.

9 Rahsia Rezeki Mencurah-Curah Yang Ramai Orang Tak Buat. . Tolong paksakan diri untuk buat 9 perkara di bawah ini setiap hari, InshaaAllah kita semua akan mendapat hasil yang sangat dasyat! . 1. 101x istighfar dengan penuh kusyuk terutama ketika di waktu pagi atau sedang memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes. . 2. 101x selawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk. Ambil hati kekasih Allah dan berdoa. . 3. 5000x zikir kepada Allah swt, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya Allah”. . 4. Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7x doa dhuha dengan penuh keyakinan kepada Allah swt. Hayati doa ini. . 5. Bacakan 3 Al-Fatihah untuk diri sendiri, mak ayah dan khusus untuk orang khas yang kita nak bacakan (contoh mentor atau guru kita sendiri) . 6. 10x baca surah Al-Ikhlas umpama khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dasyat kita telah bina 1 istana di syurga! Subhanallah. . 7. Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang kita tak kenal. Contoh, tengah makan di k...