DULU MEMANG LANGSUNG TAK ADA KEYAKINAN DIRI, LEPAS AMAL 3 RAHSIA NI, KINI LIA DAPAT RASA DENGAN KETARA KESAN POSITIFNYA.
Sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, tiba-tiba Lia terbaca satu mesej dari salah seorang sahabat Lia di facebook ini. Mesejnya begini,
"Lia, akak ni tak yakin dengan diri akak, tak yakin dengan bisnes akak dan akak malu bila nak berhadapan dengan orang. Macam mana Lia, bantu akak?"
Allahu. Bila baca soalan dari akak ini, Lia tergerak hati nak jawab soalan akak ni di post Lia. Kita selalu rasa tidak yakin untuk berjaya, jadi di sini Lia nak kongsikan macam mana nak letakkan keyakinan yang tinggi dalam diri kita?
Sebelum itu, kenapa biasanya kita kurang yakin dengan apa yang kita buat?
1. Pengalaman.
Mungkin sesetengah orang rasa tidak yakin dengan diri sendiri atas faktor sebelum ini pernah berniaga, namun perniagaan dia jalankan itu gagal, tidak berjaya dan gulung tikar.
Lia sendiri pernah alami, Lia awal-awal dulu buat bisnes semuanya sekerat jalan je. Sebab masa itu pon Lia tak focus dengan perniagaan Lia, dan Lia buat bisnes masa itu pon semata-mata nak menampung perbelanjaan Lia di kolej. Bila kita buat main-main maka result juga akan jadi main-main. Kejap okay kejap tak.
.
2. Circle yang negative.
Kadang sebab orang sekeliling kita selalu pandang rendah pada kita atau tidak menyokong apa yang kita buat. Contoh, mesti akan ada kawan-kawan kita cakap "hati-hati buat bisnes, takut perniagaan kau bankrupt".
Pernah terjadi pada Lia sendiri semasa Lia belajar di kolej dulu, kawan-kawan semua pandang rendah kalau siapa yang buat bisnes. Bagi diorang bisnes ni tipu dan suka makan duit orang. Masa itu trend kerja makan gaji yang bagus dan yang terbaik.
.
3. Selalu tengok berita atau baca maklumat tentang kegagalan.
Mungkin kita selalu tengok berita, baca maklumat yang negatif saja. Contoh tahun 2016 banyak restoran yang tutup kedai dan ramai orang yang kena buang kerja. Bacaan itu yang mempengaruhi kita untuk tidak yakin pada diri sendiri.
Hati-hati dengan bacaan kita, Lia selalu terikut emosi dulu, suka baca dekat internet orang buat bisnes selalu cepat gagal. Biasanya gagal sebab buat pinjaman di bank, pinjam Ahlong, tak ada modal, dan macam-macam lagi. Apa yang kita baca itu boleh mempengaruhi diri kita. Hati-hati.
.
Jadi nasihat Lia kepada mereka yang rasa diri tidak yakin ini kan, apa kata keluarkan pen dan kertas. Tulis perkara yang membuatkan anda rasa tidak yakin. Adakah keadaan sekeliling anda? Atau pengalaman anda sendiri?
.
#1 Kena tahu BIG WHY kita kenapa kita tidak yakin dengan diri kita. Contoh big why ialah anda mempunyai kawan-kawan yang selalu mengata tentang perniagaan yang anda lakukan sekarang ini, solusinya ialah cari kawan-kawan yang positif,
.
Kalau big why anda kerana bacaan yang negatif sebelum ini, tukar selepas ini banyakkan membaca buku motivasi dan buku perniagaan. Carilah apa sahaja buku positif yang boleh naikkan keyakinan terhadap diri anda.
.
Ingat. Jangan selalu tengok berita ataupun baca maklumat tentang kegagalan. Tahu ke tahu nanti bila kita asyik baca yang negatif je otak kita ni akan asyik fokus pada kegagalan? Biarpun 99 kejayaan di depan kita, otak kita akan terfokus hanya pada 1 kegagalan tu je asbab kita asyik tengok berita tentang kegagalan.
.
#2 Kena tahu HOW pula. Kita kena tahu rezeki orang lain berbeza-beza, jangan kita compare rezeki kita dengan orang lain. Ada orang Allah berikan rezeki pada dia rumah yang besar dan ada orang mungkin rezeki Allah beri dia menjadi jutawan di usia muda.
.
AMARAN KERAS.
Tolong jangan bandingkan perniagaan anda dengan pesaing anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah bandingkan diri anda dengan diri anda yang tahun lepas, bulan lepas dan semalam. Sebab kita kena jadi lebih terbaik dari masa ke semasa. You need to be better than yourself. Because it just you against you. Kalau anda nampak ada perubahan yang positif pada diri anda dari sebelum ini, maksudnya itu sangat-sangat bagus.
.
Untuk menjadi usahawan yang berkeyakinan, anda jangan takut untuk berfikir di luar kotak. Cuba tengok Tan Sri Syed Mokhtar. Tahu ke dulu beliau hanya menjual daging secara kecil-kecilan di kawasan sekitar Alor Setar? Kerana KEYAKINAN terhadap diri beliau tersebut, beliau berjaya mengubah diri sehingga menjadi antara orang yang paling terkaya di Malaysia!
.
#3 Seterusnya pula adalah WHAT. Tanya diri, apa yang perlu anda buat untuk buang rasa tidak yakin? Macam Lia, sebelum ini takut sangat nak ada shoplot, tapi bila Lia dah berdoa, tanya pendapat rakan-rakan business, Lia teruskan juga. Once Lia dah start pergi ke step seterusnya, keyakinan Lia bertambah. Jadinya takut tak takut, belakang kira. Janji kita buat juga. Macam Nike kata, "JUST DO IT".
.
Contoh seperti Bill Gates, yang mempunyai keyakinan untuk mencipta "Microsoft", dan ternyata beliau menggunakan keyakinan tersebut menghasilkan kecerdasan untuk menciptakan "Microsoft". Dan disebabkan itu, Bill Gates menjadi orang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut.
.
Memang nak berjaya mengambil proses yang lama, kadang bertahun. Namun, pupuk dulu dalam diri menjadi orang yang berkeyakinan, serta bertindak dengan pantas. Jadi Lia harap dengan tiga cara untuk meningkatkan keyakinan diri ini dapat membantu kita semua untuk pergi lebih jauh dari sekarang. Sentiasa lihat kehadapan dan yakin dengan diri sendiri.
InshaaAllah Lia mendoakan semoga kita semua menjadi usahawan yang hebat di Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang sudi #share. Tag rakan-rakan anda juga ya.
#ChettakiOmey
#DexandraPerfume
#Wangiankehidupan
Comments
Post a Comment