Kisah Benar Budak Failed Subjek Marketing.
Disebabkan sekarang ni SPM baru je habis, ni Lia nak kongsikan sedikit cerita. Tak semestinya sekali kita gagal selama-lamanya kita akan gagal. Kegagalan tu hanya lah pencetus dan pembukaan untuk kita terus maju dan membaiki kesilapan kita sebelum ni.
.
Ni Lia nak buka sisi gelap kejatuhan Lia. Selama ni semua orang nampak Lia ni tak pernah gagal kan. Jadi kali ni Lia nak buka pekung kegagalan Lia yang Lia tak pernah bagitahu pada public lagi.
.
Dulu, lima tahun di UiTM dalam peringkat diploma dan ijazah banyak memberi pengalaman yang sangat dasyat kepada Lia. Lia ni bukanlah seorang budak yang pintar, biasa je. Namun, Allah aturkan perjalanan Lia dengan kurniakan rezeki yang sangat banyak.
.
Bermula dari seorang mahasiswi di Uitm Arau, Lia belajar hidup berdikari jauh dari keluarga yang tercinta. Hampir 479 kilometer juga la jarak kampus Lia daripada rumah. Setiap semester Lia lalui, penuh dengan cabaran yang Lia harus tempuhi. Masih ingat lagi, minggu pertama Lia di sana terus kena warded di hospital suspek demam denggi. Doktor bagitahu Lia kurang darah, dan galakkan Lia minum air yang sangat banyak. Sampai Lia dapat cuti 8 hari. Dan itu lah kali pertama dalam hidup Lia masuk hospital.
.
Kemudian, semester 4 dan 5 Lia pegang jawatan sebagai seorang Presiden Kolej. Dari situ nama Lia dikenali ramai orang, kerana Lia memegang satu jawatan yang tinggi. Dua semester yang cukup indah dan nikmat yang terlalu banyak Allah kurniakan pada Lia tiba-tiba, Allah bagi ujian yang besar buat diri Lia, sehinggakan Lia jatuh terduduk dan dunia Lia menjadi sangat gelap.
.
Lia yang sepatutnya habis ‘on-time’ belajar terpaksa extend disebabkan kejadian yang tak dapat dielakkan. Menyebabkan ada satu subjek Lia gagal iaitu subjek Marketing (MKT). Hanya kawan-kawan rapat Lia sahaja memahami perasaan Lia ketika itu. Walaupun Lia lambat 1 sem dari kawan-kawan Lia, namun semangat juang Lia untuk terus belajar tak pernah putus. Lia teruskan usaha belajar sehinggalah tamat pengajian ijazah.
.
Bagi Lia, istilah gagal sudah biasa dalam hidup Lia. Jatuh bangun itu sudah biasa Lia tempuhi seorang diri. Namun, Syukur Alhamdulillah berbaki semester terakhir ijazah, Lia berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan Lia graduate on time dan Allah bagi pelangi yang sangat indah setelah datangkan ujian pada Lia, iaitu mendapat CGPA 4 flat dari ‘SALAM’ UiTM.
.
Apa yang menyebabkan Lia bangkit pada ketika itu ialah Lia sentiasa mengadu waktu pagi di kolej pada Allah sampai menangis yang teresak-esak. Lia banyak menggunakan teknik Affirmation, Visualization dan Feelings. Lia betul-betul bayangkan Lia dapat sambut convocation bersama yang tersayang, Lia dapat 4flat untuk semester akhir dan Lia tekad nak ada duit yang sangat banyak tanpa mengharapkan duit mak ayah Lia. Lia tak ambil PTPTN kerana Lia nak cabar diri Lia boleh hidup di kolej tanpa membuat pinjaman dari bank.
.
Lia minta doa restu dari kedua ibu bapa Lia, Lia selalu minta mereka doakan Lia untuk terus berjaya, doa supaya Lia dapat habiskan belajar dengan cepat supaya Lia dapat focus dengan perniagaan Lia. Kerana doa seorang IBU, hidup Lia lebih rasa bahagia dan satu per satu kejayaan itu mudah datang pada Lia.
.
Selain itu, Lia banyakkan membaca buku-buku motivasi, masih ingat lagi antara buku yang Lia baca iaitu Nikmatilah Hidup Anda, Jangan Pernah Menyerah dan The Power of Positive Thinking. Fuh mengambil masa lama juga untuk Lia habiskan baca buku-buku tersebut, namun dengan usaha gigih setiap masa Lia pasti membaca untuk keluarkan rasa semangat dalam diri ini.
.
Lia juga ada pergi ke seminar-seminar motivasi yang telah banyak membuka minda Lia tentang kehidupan di dunia ini. Antara seminar yang Lia pergi ialah ‘Now Everyone Can Speak’ dan ‘Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan’ dari Dr Azizan Osman. Wow! Satu perasaan yang luar biasa, membuatkan 70% keyakinan diri Lia ini untuk berubah dan buat lebih baik lagi dalam belajar dan berniaga.
.
Syukur Alhamdulillah, kini Lia menjadi seorang Alumni UiTM yang berjaya dalam bidang pengurusan perniagaan. Malah, disebabkan subjek Marketing itu, sekarang ini ramai yang mencari Lia untuk belajar marketing dalam perniagaan. Dan, sedang pelajar lain sibuk menyiapkan ‘resume’ untuk mereka apply kerja, Lia pula sibuk mencari pekerja baru untuk bekerja di bawah syarikat Lia iaitu Chettaki Omey Sdn Bhd.
.
Syarikat Lia berkembang sangat baik dan kini Lia berjaya membuka shoplot sendiri yang berada di Seksyen 5 Wangsa Maju. Cost renovate yang melibatkan jumlah RM110,000 itu semuanya hasil usaha Lia buat Dexandra Perfume. Impian Lia, ingin menjadi stokis nombor 1 Dexandra di seluruh Malaysia agar dapat bantu ramai orang menjana pendapatan.
.
Tambahan lagi, sekarang ini pelajar-pelajar UiTM dari pelbagai jurusan mula mencari Lia untuk interview bagaimana Lia berjaya dalam bidang perniagaan, macam mana Lia bahagikan masa belajar dengan bisnes dan apa big why Lia dalam hidup. Ada juga yang menjemput Lia menjadi ‘speaker’ untuk berkongsi kisah inspirasi hidup Lia yang pernah kehilangan RM100,000 sekelip mata ketika Lia sedang menjalankan praktikal di RTM kerana terlalu percayakan kawan.
.
Lia berdoa, semoga Allah sentiasa kurniakan hidayah pada Lia agar Lia terus berilmu dan beramal di masa akan datang. Inilah kisah hidup Lia yang sebenar, membuktikan walaupun kita pernah gagal, bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa, namun sebenarnya kita telah mempelajari sesuatu yang baru untuk kita terus mengorak langkah ke hadapan. Di sini Lia ingin buktikan, istilah budak extend bukan untuk dipandang negatif, namun budak extend juga boleh berjaya sehingga ke tahap yang sangat tinggi.
Untuk adik kakak dan abang diluar sana jangan putus asa jika pernah gagal dalam membuat sesuatu tak kira la dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Inshaa Allah perjalanan yang diatur oleh Allah indah jika berusaha tanpa putus asa.
.
Semoga dengan kisah Lia ini menjadi inspirasi buat anda semua yang membaca. Silakan #SHARE agar lebih ramai orang tahu kisah ini.
Comments
Post a Comment