Skip to main content

3 Langkah Paling Mudah Untuk Uruskan Duit Gaji Secara Bijak

3 Langkah Paling Mudah Untuk Uruskan Duit Gaji Secara Bijak
.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, ni Lia nak kongsikan sedikit fakta. Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox Lia minta nasihat tentang nak menguruskan kewangan dengan baik.
.
Baru baru ni gaji yang masuk bulan November haritu ada tak buat saving? Kalau ada Alhamdulillah, kalau takda tu dah boleh la belajar cara uruskan duit gaji anda sebab simpanan ni penting tau untuk masa depan. Okay jom kita start..
.
Pecahkan terus kepada 3 iaitu :
+ Komitmen
+ Belanja
+ Simpanan
.
KOMITMEN
===
.
Komitmen maksudnya apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank.
.
Contoh komitmen :
+ PTPTN
+ MARA
+ ASBFinancing
+ Hire Purchase
+ Housing Loan
+ Personal Loan
.
Jadi bila dapat je gaji apa perlu buat?
.
1. Mesti la bankin dulu duit pada mak ayah di kampung kan. Ni wajib dan semua pon tahu. Kan.
2. Segerakan pembayaran untuk rekod CCRIS bagi nampak cantik di mata bank
.
3. Letakkan zakat sebagai komitmen juga sebab itu adalah komitmen kepada agama. Nak bayar zakat pon mudah, masuk website zakat, ada calculator yang akan kirakan, lepas itu boleh terus bayar zakat dengan hati yang senang.
.
BELANJA
===
.
Bahaya kalau dapat je gaji terus buat belanja daripada mulakan dulu dengan menyimpan. Sebab bila belanja, biasa mesti akan terguna sekali duit untuk buat simpanan.
.
Sebab itu la penting asingkan awal-awal terus ke medium lain, contohnya menyimpan di ASB atau Tabung Haji. Macam mana nak simpan awal-awal sebelum belanja?
.
Anda perlu list kan dulu berapa komitmen dan belanja keperluan yang ada dalam masa sebulan. Lepas dah buat kira-kira mesti ada bakikan? Baki tu segera alihkan ke akaun simpanan yang lain tadi.
.
Untuk awal tahun 2020 ni mungkin susah nak buat macam ni, jadi anda perlu paksa diri juga untuk buat simpanan. Macam mana nak paksa juga buat simpanan?
.
SIMPANAN
===
.
Mudah je dengan cara ‘Force Saving’. Contoh menggunakan ASBFinancing. Katakan duit lebihan RM160, boleh buat ASBF RM30000. Kalau ada cara lain pon boleh juga guna.
.
Seperti Lia sendiri, Lia dapat gaji Lia akan terus bayar komitmen, kemudian asingkan duit simpanan ke akaun khas siap-siap. Sinpanan ni ikut kreativiti masing-masing.
.
Contohnya:
+ Tabung Haji
+ ASB
+ Tabung Mingguan
+ Emas
+ Unit Trust
.
Lia yakin dan percaya, selepas anda bahagikan pecahan gaji ini kepada 3 perkara penting di atas, sekurang-kurangkan anda boleh kawal duit bocor. Sebab orang Melayu kita ni paling senang duit bocor tanpa sedar. Silap-silap kalau kira balik, boleh cecah belasan ribu sebulan tanpa sedar!
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang.
.
Nur Aliah Mohd Nor
Suka berkongsi Ilmu penting di Telegram Bisnes
Klik sekarang https://t.me/nuraliahmohdnor
.
#ChettakiOmey
#Dexandra

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...