Skip to main content

Semua Usahawan Wajib Buat 3 Tips Ini Untuk Persediaan Tahun 2020.

Semua Usahawan Wajib Buat 3 Tips Ini Untuk Persediaan Tahun 2020.
.
1. Wooowww! Tinggal beberapa hari je, 2019 bakal meninggalkan kita. Selamat tinggal segala suka duka, dan memori indah pahit sepanjang 2019 di dalam hidup anda.
.
2. Tahun 2020 ni, lebih mencabar dari tahun 2019. Tapi jangan risau, setiap tahun pasti ada cabarannya sendiri. Kalau takde cabaran pon tak best juga. Kan.
.
3. Cadangan Lia, sebelum 31 December ini, pergilah cari satu masa yang free, pergi bercuti sekejap di hotel yang ada view pantai. Atau cari view hotel yang ada view KLCC pon okay, cuma tak setenang di pantai.
.
4. Lia suruh pergi bercuti ada sebabnya. Bukan untuk habiskan duit, tapi untuk anda betul-betul plan apa impian dan matlamat masa depan anda, terutama nak menghadapi 2020.
.
5. Bila dah tiba di hotel, ambil je buku setebal 100 mukasurat, pen warna warni dan duduk di depan balconi untuk start BERFIKIR dan MENULIS apa yang anda nak capai dalam masa 1-5 tahun dari sekarang.
.
6. Sebelum berfikir dan menulis, ambil botol air berisi 100ml, tarik dan hembus nafas sebanyak tiga kali supaya minda kita tenang (masuk ke subconscious mind) dan kita berada di gelombang alpha (gelombang tenang) sambil melihat laut ciptaan Allah swt.
.
7. Mesti ada yang tertanya, kenapa nak kena berfikir? Fikir secara FOKUS ini sangat penting untuk pembinaan diri kita sendiri. Fikirlah apa sahaja terutamanya cara nak majukan diri di masa depan dan fikir cara untuk kembangkan bisnes lebih besar.
.
8. Sejujurnya, kita perlu ruang berfikir ini untuk paksa diri kita sendiri menerobos sempadan limitasi diri yang kita tidak pernah terokai. Sebab itu Lia tulis tadi, perlu ada masa sendiri hanya untuk BERFIKIR saja.
.
9. Jadi, perkara pertama untuk anda menulis ialah tuliskan dulu segala checklist yang anda ingin capai pada tahun 2020 secara terperinci. Tuliskan sekali bila tarikh nak capai, berapa amount, dengan siapa dan di mana (details terus).
.
10. Ni checklist 2020 yang WAJIB ada pada jutawan-jutawan hebat, iaitu kena pandai uruskan kewangan, kena bijak membuat simpanan, kena ada ilmu dalam pelaburan contohnya hartanah, saham dan unit trust.
.
11. Tolong tukar mindset dan azam anda yang lebih teratur, tersusun, dan logik. Contoh sebelum ni biasa dapat sales RM10000, boleh upgrade sales ke RM20000 atau RM30000 mengikut kemampuan dan kesesuaian kita.
.
12. Pastikan matlamat anda tulis di buku itu melebihi 101 matlamat yang anda nak capai dari 1 ke 5 tahun dari sekarang. Tulis je dulu, sebab mungkin anda rasa mustahil nak capai namun ianya tak mustahil bagi Allah. Who knows?
.
13. Seterusnya. Tahun 2020, tolong jauhkan diri dengan kawan yang negatif ni. Bukan apa, Lia risau sangat kalau terus berkawan, anda berpotensi membawa auranya dalam diri anda. Check balik siapa CIRCLE FRIENDS anda tuh.
.
14. Carilah kawan yang bila dia memberi minyak wangi Dexandra, anda akan mencium keharumannya. Bila dia bagi nasihat, anda boleh terima dengan hati terbuka. Dan bila dia berjaya, anda nak ikut jejak langkah kejayaannya.
.
15. Anda adalah dengan siapa anda berkawan. Kalau anda berkawan dengan 10 orang jutawan, Lia yakin dan amat percaya, anda akan menjadi jutawan yang ke-11. Sebab itu penting sangat untuk jaga circle friends kita.
.
16. Akhir sekali, cuba cari hobi baru, contoh hobi suka pergi ke seminar. Apa saja jenis seminar anda akan pergi walaupun seminar itu percuma je. Sebab pertama nak tingkatkan ilmu, kedua nak dapatkan networking.
.
17. Hobi macam ini bagus sebab dapat berjumpa dengan kenalan baru, berkongsi kegemaran bersama dan jalinan sosial ini merupakan kunci kepada kehidupan yang lebih bermakna.
.
18. Bila ada hobi best macam ni, secara tak langsung, anda tak pernah kisah dah gosip artis sana sini, anda tak tahu minyak naik ke turun dan anda akan menjadi orang yang terakhir baru tahu lagu viral “Entah apa yang merasukimu”. Hehe.
.
19. Dah bersedia dengan 3 Tips di atas Lia bagi ini, bermaksud anda dah boleh senyum bahagia untuk masuk tahun 2020. Lia yakin, segala cabaran dugaan datang nanti anda akan hadapinya dengan sangat tenang.
.
20. Opps! Cukuplah sampai sini je. Pesan Lia, Jatuh bangun dalam perniagaan itu biasa. Hari ini order masuk bertimbun itu biasa. Esok lusa tiada order juga itu biasa. Tapi bagaimana cara untuk bangkit semula itu yang penentunya anda usahawan luar biasa atau biasa-biasa.
.
Jom #SHARE , semoga bermanfaat. 🤗
.
#ChettakiOmey
#TipsBisnes ▶️ https://t.me/nuraliahmohdnor
#Dexandra
#WangianKehidupan

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

7 Rahsia Camne Korang Boleh Jana Jutaan Ringgit Sebelum Usia 26 Tahun .

Ni 7 Rahsia Camne Korang Boleh Jana Jutaan Ringgit Sebelum Usia 26 Tahun . Syukur Alhamdulillah, impian Lia nak miliki 10,000 air freshener tercapai juga! . Lia masih ingat lagi KakErna (Founder Dexandra) pernah tanya 1 soalan ni kat Lia, masa tu 3 bulan yang lepas. . “Lia perlukan berapa stock air freshener (car perfume)?” . Dan dengan penuh yakin Lia jawab, Lia nak 10,000 air freshener kakErna! Bukan apa, team Chettaki Omey ni semua jenis yang menjerung habis! . Tapi masa tu, stock air freshener sangat-sangat limited. Betapa ramainya prospek agent air freshener yang whatsapp Lia nak join team Lia, nak buat air freshener juga, semuanya Lia terpaksa KIV dulu sebab stock tak ada! . Alhamdulillah. Dengan berkat doa dan sabar, 3 bulan Lia menunggu stock air freshener ni, akhirnya hari ini Allah makbulkan doa Lia! Awal pagi lagi Lia dah gerak ke kilang Dexandra untuk ambil stock freshener sebanyak 10,000 botol. . Lebih terharu lagi, semasa Lia ambil stock, kebetula...

Jadikan diri kita #BEST

Pernah dengar quote ini? You don’t have to be great to start, but you have to start to be great! Alhamdulillah. Hari ini dah masuk 1 Oktober. Bayangkan kita ada lagi 92 hari je lagi sebelum masuk tahun 2020. Apa persediaan kita untuk 3 bulan terakhir ini? Jadi Lia nak kongsi #tips menarik untuk kita sama-sama apply mulai hari ini. InshaAllah kita buat ini, hidup kita akan jadi luar biasa! Jadikan diri kita #BEST. 1. BAHAGIA : - Kita perlu rasa bahagia untuk jadi best. Just do what makes you happy. Sebab bila kita happy apa yang kita buat, akan timbul passion and desire dalam diri kita. Kita akan sentiasa nak buat yang lebih baik lagi. - Don’t think too much, Jangan bersangka-sangka, sebab dengan bersangka-sangka ini la yang membuatkan keadaan jadi lebih teruk. - Kalau ada salah faham, cepat-cepat berkomunikasi. Clear kan everything. Tak nak dah ada rasa feeling yang tak best. - Kadang kita ini bila dapat sesuatu baru nak bahagia. Well actually bahagia yang tak terk...