Skip to main content

IKUT JE 5 RAHSIA INI KALAU TAKNAK PERNIAGAAN KORANG KENA BUNGKUS!

IKUT JE 5 RAHSIA INI KALAU TAKNAK PERNIAGAAN KORANG KENA BUNGKUS!
.
Tahukah anda 70% orang Melayu kita sekarang ini mengambil langkah cepat untuk memulakan perniagaan. Sekarang ini, semudah ABC sahaja nak mulakan perniagaan. Ada owner bisnes di luar sana tawarkan join dropship secara percuma. Ada juga yang berbayar kerana nak mencari orang yang boleh bagi komitmen.
.
Rata-rata Lia tengok sekarang ini, semua nak buat bisnes, dan bertambah semakin dasyat, ramai nak jadi Founder Bisnes! Tahu tak, tanpa ilmu dan tanpa rasa kegagalan, anda tidak layak lagi untuk pegang sebagai seorang title “Founder Bisnes”. Kerana ramai usahawan yang bangga dengan diri mereka sebagai seorang Founder, at the end letak produk semua di bawah katil sebab tak terjual. Jadi,?baca je rahsia ini kalau taknak kena bungkus tikar dalam perniagaan.
.
1. Niat yang salah.
.
Awal-awal lagi kita dah niat nak buat bisnes sebab nak kaya, nak ikut orang beli kereta mewah, nak ikut orang beli rumah besar dan nak ikut orang beli kedai. Bila niat kita dah salah, apa sahaja yang kita lakukan semuanya ada sahaja masalah datang. Dan kita akan rasa susah nak selesaikan masalah itu. Lepas itu, kita mula salahkan orang sekeliling dan paling sedih lagi, kita jadi benci dengan duit. Duit itu tak salah, ramai orang takutkan duit. Yang salah itu adalah diri kita sendiri. Kita mengejar sangat untuk ada duit yang sangat banyak.
.
Sebenarnya, perkara paling penting sekali adalah betulkan niat. Niat dengan betul, InshaaAllah semuanya akan jadi terkawal. Founder Dexandra Kak Ernayanee selalu tekankan, niat kita buat bisnes sebab nak bantu ramai orang di luar sana, terutama sekali suri rumah dan student. Jadi focus Lia nak bantu student. Bila kita niat nak bantu orang, Alhamdulillah dengan mudah dan senang duit itu datang pada kita. Kita bukan lagi jadi mencari rezeki namun kita menjadi penjemput rezeki, seperti semut mencari gula.
.
2. Gagal uruskan kewangan.
.
Ramai usahawan ambil perkara mudah tentang pengurusan kewangan dan gagal uruskan kewangan dengan baik. Jangan cakap kita pandai uruskan kewangan kalau bank statement pon tak tahu nak tengok kat mana. Sebagai owner bisnes, setiap kali urusan jual beli, resit, pergi ke sana sini anda perlu RECORD. Record setiap transaksi yang berlaku, dan segala resit perlu di file-kan cantik-cantik mengikut nama-nama file. Nampak mudahkan? Namun perkara ini lah yang sangat penting, lagi-lagi di mata-mata LHDN. Mereka akan minta segala dokumen yang kita ada. Kalau dari sekarang kita tak susun semua itu dengan baik, jangan berangan nak tengok income sebenar kita berapa, kita dapat untung atau rugi dan kita boleh lihat bisnes kita ini sihat atau tak.
..
3. Tak ada ilmu
.
Lia agak emosi sikit bila sentuh bab ILMU. Sebab Lia antara orang yang RAJIN menuntut ilmu, dan Lia pantang bila orang bagi alasan nak menuntut ilmu, tapi nak cepat berjaya dan nak cepat kaya. Kalau tak penuhkan ilmu di dada, tak akan mungkin kita boleh menuju ke gerbang kejayaan. Sebab bagi Lia, ilmu Allah ini sangat luas dan sangat penting. Sampai kadang Lia sendiri tak terkejar mencari ilmu. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, aktiviti setiap minggu pasti akan menghadiri ke seminar dan ke kelas untuk ‘topup’ ilmu. Dan kalau siapa rajin menuntut ilmu di seminar atau kelas, pasti akan jumpa muka-muka yang sama je pergi menuntut ilmu.
.
Jadi cadangan Lia, pergi menuntut ilmu cepat-cepat. Cari mentor supaya anda boleh keep in touch dengan mereka. Cari orang yang dah proven success berjaya, kita boleh terus shortcut untuk berjaya. Tak perlu nak lalui lagi kegagalan yang mereka pernah lalui sebelum ini. Dan, rajinkan pergi ke seminar.
.
4. Tak sanggup berkorban lebih masa
.
Nak berjaya, nak kaya, nak dijadikan contoh inspirasi, semua ini memakan masa dan perlukan pengorbanan yang begitu dasyat bagi Lia. Buat bisnes ini, kalau tak menangis itu tak sah. Sebab apa tau, setiap perkara yang kita lalui banyak sangat memberikan pengajaran dan pengalaman buat diri kita. Tertidur sedang packing barang customer, tidur 2-3 jam sehari, beratur panjang ketika pergi pos itu sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seseorang yang membuat bisnes. Buat bisnes ini sangat perlukan pengorbanan yang banyak, terutama sekali masa kita bersama dengan keluarga. Namun, yakin dan percaya la bila dah tiba puncak kejayaan, kita akan ada banyak masa bersama keluarga.
.
Cuba tanya usahawan yang dah berjaya sekarang ini, Lia yakin tak ada seorang pon yang mulakan perniagaan dengan goyang kaki duduk depan TV tanpa berusaha keras. Paling-paling pon, mereka baring atas katil dengan laptop dan handphone, dan consistent buat bisnes tanpa berhenti. Ha yang ini diri Lia sendiri, masa team Lia 10 orang je, Lia banyak spend masa atas katil buat bisnes. Focus!
.
5. Networking lemah
.
Orang bisnes, kalau tak ada networking itu sangat sangat bahaya! Cuba check friend anda di facebook sekarang, dengan siapa anda berkawan, akan mencerminkan itulah diri anda. Jaga circle friend kita, supaya bila kita pergi mana-mana kita akan bersama dengan orang bisnes je. Boleh berkawan dengan semua orang, cumanya cari kawan yang boleh push kita ke hadapan. Pernah dengar orang cakap macam ini, “kalau kita berkawan dengan orang jutawan, kita akan jadi next jutawan”.
.
Cadangan Lia, kepada anda yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, beranikan diri approach orang-orang hebat dalam dunia perniagaan untuk jadi friend dengan anda. Contoh, Lia inbox Hasbul 'Ariff bagitahu Lia nak friend dengan beliau di facebook, dan Lia suka baca posting beliau. Kemudian Tn Hasbul Ariff terus add Lia, dan kadang-kadang itu ada je komen kat wallpost Lia. Kan kita dah build rapport tu? Mudah je kan. Beranikan diri dan sentiasa ke hadapan. Namun, selalu Lia ingatkan pada diri sendiri, sentiasa be humble dengan sesiapa pon.
.
Jadi inilah 5 RAHSIA kalau taknak perniagaan anda bungkus tikar, cuba apply dulu 5 rahsia Lia ajar ini. Lepas itu, perhatikan perkembangan perniagaan anda. Lia yakin dan percaya mesti akan naik naik dan naik je dengan consistent. Mudah je, “anda buat, anda dapat”.
.
Semoga dengan perkongsian Lia ini sangat bermanfaat buat anda semua. Terima kasih kepada anda yang sudi #share , sampai-sampaikan pada ramai orang tentang topik ini ya, dan jangan lupa tag mereka di komen bawah ini. Lia mendoakan, semoga kita semua terus dilimpahkan rezeki yang sangat banyak. Selamat maju jaya!
.
#ChettakiOmey
#Dexandra

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

Rahsia Lia

Dulu pernah berangan nak ambil awards banyak kali atas stage macam Mira Filzah, sekali haa! 6 kali naik stage dalam 1 malam. 😅 Baru-baru ini Lia ada hadir ke 1 dinner iaitu Grand Dexandra Awards 2019 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.  Kata Founder Dexandra masa malam dinner tu, “Lia tonight actually is your night”. Allahu. Sungguh terharu ni. Sebab Lia terima 5 awards dari Dexandra.  Antara #awards yang Lia dapat : 1. Gold Bar Achivers 35 gram 2. Dexandra Top Inspirational Award (Stokis Berinspirasi) 3. Dexandra Standing Ovation Award (Stokis Paling Popular) 4. Dexandra Top Achievers Award (Stokis No 1 & Paling Cemerlang) 5. Dexandra Hall Of Fame Award (Stokis Of The Year 2019) Dan Alhamdulillah malam itu juga Lia dapat lucky draw TV brand Philips 43”.  Sejujurnya Lia tak pernah sangka pon dapat semua awards ini. Lagi-lagi award yang nombor 2 & 3 itu. Alhamdulillah rupanya Lia dapat vote yang paling tertinggi dari team HQ (30%) dan stokis Dexandra (70%). ...

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer..

Usahawan Wajib Tahu 4 Teknik Ni Untuk Sentuh Hati Customer. . Kadang-kadang ada usahawan yang jadi bingung dan tak tahu cara macam mana nak ambil hati pelanggan mereka. ‘Customer’ dah ramai pm ni, dah excited nak membeli dengan kita, tapi sayang sekali kita sebagai usahawan tak berjaya nak ‘close’ mereka dengan rasa penuh kasih sayang dan cinta. . Perasan tak kalau orang yang kita sayang whatsapp kita dengan panggilan manja, bagi smiley comel comel, reply dengan pantas dan bersemangat, kita akan jadi sangat bahagia, keluar rama-rama atas kepala dan rasa nak selalu ada je dengan dia sentiasa. Perasan tak? . Tu la keajaiban sentuhan kasih sayang dan cinta! . Namun nak sentuh hati customer ini pon ada ilmu baru yang boleh membuatkan si customer ini simpan kita dalam ‘memory bank’ mereka. Maksudnya, customer akan ingat kita sampai bila-bila. Wah! . Jadi, ada 4 teknik sentuhan kasih sayang walaupun melalui telefon je yang kita kena hafal. Nama teknik ini ialah S-E-E-T. Apa itu SEET? Jom bac...