Skip to main content

Jadikan Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang paling terbaik dan lain dari lain dalam hidup kita! Macam mana?

Jadikan Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang paling terbaik dan lain dari lain dalam hidup kita! Macam mana?
.
1. Buat solat sunat subuh walau kita bangun jam 6.50 pagi sekali pon. Sebab Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
.
2. Selepas setiap kali solat 5 waktu, baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat.
.
3. Paksa diri untuk solat subuh berjemaah sama ada di surau atau di rumah. Sebab ganjaran solat subuh ni sama macam kita berqiamullail waktu malam!
.
4. Cepat-cepat baca doa selepas dengar azan berkumandang. Sebab waktu ini adalah waktu musjatab untuk kita berdoa.
.
5. Bukan kerja je kena fokus, solat pon kena fokus. Kalau kita tak boleh nak faham semua bacaan dalam solat kita, sekurang-kurangnya kita hayati setiap bait-bait bacaan dalam surah Al-Fatihah. 
.
6. Berlatih juga untuk ingat bacaan duduk di antara 2 sujud. Tips ingat je keyword ini : ampun, sayang, aib, darjat, rezeki, petunjuk, sihat, maaf.
.
7. Baca Al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh. Amalkan juga 4 surah di bawah ini setiap hari,
.
- Waktu Subuh : AL-WAQIAH 
- Waktu Dhuha : AR-RAHMAN
- Waktu Maghrib : YASIIN
- Waktu Isya : AL-MULK 
.
8. Amalkan solat-solat sunat seperti Qabliyyah, Ba'diyyah, Witir, Dhuha, Tahajud, Taubat dan Hajat. InshaAllah bertambah redha dan sayang Allah pada kita.
.
9. Ambil masa 15-20 minit fokus zikir 1,000x atau istighfar 100x. Kemudian berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tips : Sentiasa bawa count stock itu ke mana-mana. 
.
10. Berazam untuk sedekah setiap hari. Atau bantu keluarga terdekat. Sekali-sekala belanjalah adik beradik atau mak ayah kita. InshaAllah rezeki tu datang berganda-ganda! 
.
Semoga dengan 10 amalan ini, kita dapat mencari jalan keluar yang hanya kita sahaja ketahui, kita kuatkan lagi doa serta usaha agar dihadiahkan rezeki dan kita memaafkan semua orang di waktu malam yang sunyi. Barulah tenang hati ini. 
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini. 
.
Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 27 ribu orang dalam tu. Jom klik sekarang 
👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor
.
Nur Aliah Mohd Nor
Sedikit bicara, banyakkan usaha

Comments

Popular posts from this blog

Inna haza larizquna maalahu minnafad

Amalkan je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda . Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap, . “Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.” . Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula! . Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini, . “Inna haza larizquna maalahu minnafad”. - Surah Sad Ayat 54. . Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”. . Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah. . Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah. . Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat k...

7 Rahsia Camne Korang Boleh Jana Jutaan Ringgit Sebelum Usia 26 Tahun .

Ni 7 Rahsia Camne Korang Boleh Jana Jutaan Ringgit Sebelum Usia 26 Tahun . Syukur Alhamdulillah, impian Lia nak miliki 10,000 air freshener tercapai juga! . Lia masih ingat lagi KakErna (Founder Dexandra) pernah tanya 1 soalan ni kat Lia, masa tu 3 bulan yang lepas. . “Lia perlukan berapa stock air freshener (car perfume)?” . Dan dengan penuh yakin Lia jawab, Lia nak 10,000 air freshener kakErna! Bukan apa, team Chettaki Omey ni semua jenis yang menjerung habis! . Tapi masa tu, stock air freshener sangat-sangat limited. Betapa ramainya prospek agent air freshener yang whatsapp Lia nak join team Lia, nak buat air freshener juga, semuanya Lia terpaksa KIV dulu sebab stock tak ada! . Alhamdulillah. Dengan berkat doa dan sabar, 3 bulan Lia menunggu stock air freshener ni, akhirnya hari ini Allah makbulkan doa Lia! Awal pagi lagi Lia dah gerak ke kilang Dexandra untuk ambil stock freshener sebanyak 10,000 botol. . Lebih terharu lagi, semasa Lia ambil stock, kebetula...

Jadikan diri kita #BEST

Pernah dengar quote ini? You don’t have to be great to start, but you have to start to be great! Alhamdulillah. Hari ini dah masuk 1 Oktober. Bayangkan kita ada lagi 92 hari je lagi sebelum masuk tahun 2020. Apa persediaan kita untuk 3 bulan terakhir ini? Jadi Lia nak kongsi #tips menarik untuk kita sama-sama apply mulai hari ini. InshaAllah kita buat ini, hidup kita akan jadi luar biasa! Jadikan diri kita #BEST. 1. BAHAGIA : - Kita perlu rasa bahagia untuk jadi best. Just do what makes you happy. Sebab bila kita happy apa yang kita buat, akan timbul passion and desire dalam diri kita. Kita akan sentiasa nak buat yang lebih baik lagi. - Don’t think too much, Jangan bersangka-sangka, sebab dengan bersangka-sangka ini la yang membuatkan keadaan jadi lebih teruk. - Kalau ada salah faham, cepat-cepat berkomunikasi. Clear kan everything. Tak nak dah ada rasa feeling yang tak best. - Kadang kita ini bila dapat sesuatu baru nak bahagia. Well actually bahagia yang tak terk...