Jika nak selalu ditolong Allah, lakukan ini sahabat :
1. Banyakkan syukur sama ada sedang senang atau sedang susah. Kesenangan adalah hadiah dan kesusahan adalah ujian. 2-2nya perlu bersabar dan bersyukur.
2. Terus menolong tanpa peduli kata orang. Jika nampak perkara yang wajar dibantu, terus sahaja bergerak dan berbuat.
3. Ada sedikit, hulurlah sedikit. Ada banyak, hulurlah banyak. Memberi, hadiah, dan bersedekah adalah amalan yang membuka banyaknya pintu-pintu rezeki.
4. Sama sekali tidak menyakiti orang lain. Sedetik tersusah atau tidak sengaja mengguris hati orang, boleh jadi doanya yang kecil itu dibawa naik berjumpa Tuhan.
5. Banyak-banyakkan melihat wajah ibu bapa, bantu mana yang mampu dan sering sahaja membaca al-fatihah walau mereka masih hidup atau telah pun pergi. Doakan kebaikan dan sentiasa berlembut dengan mereka walau apa yang sedang terjadi.
Maka, berusahalah lunaskan 1-1 ya. Semoga bermanfaat buat kita semua. InshaAllah. Silakan #share dengan bahagia ya.
PAGI!
#21CeritaMurahRezeki
Comments
Post a Comment